• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Neta S: China terus-menerus tampil dengan EV menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:37 pm
  • 16/06/2023
  • Komen
Neta S: China terus-menerus tampil dengan EV menarik
Share on FacebookShare on Twitter

eta V kini adalah EV termurah dalam pasaran Malaysia pada harga RM100,000. Itu maklumat yang sering kali diutarakan tentang jenama Neta tapi tahukah anda yang mereka bukan sahaja ada EV termurah, mereka juga ada EV yang gempak? Neta S adalah sebuah EV berprestasi tinggi yang kami berpeluang untuk melihatnya di bilik pameran Neta di Glenmarie.

Neta S diperlihatkan kepada umum sewaktu Shanghai Auto Show tahun 2021 dan ia berada dalam kategori mid-size sedan daripada Hozon Auto, pemilik jenama Neta. Melihat pada spesifikasi teknikal, EV ini boleh duduk sebaris dengan Kia EV6, Tesla Model S dan yang seangkatan dengannya. Bermula daripada luar, anda boleh nampak rekaan sedan EV ini.



Ia memiliki dimensi 4.98m panjang x 1.98m lebar x 1.45m tinggi. Ukurannya lebih mirip kepada sebuah Tesla Model S. Ia besar sedikit daripada KIA EV6 dan Tesla Model 3. Secara keseluruhannya, dari depan ke belakang Neta S, anda akan nampak idea rekaan modern bercampur futuristik pada EV ini.

Pertama sekali hud kereta ini memanjang hingga ke hujung badan dengan grill direndahkan hampir dengan permukaan jalan. Jalur DRL-nya walaupun nampak nipis tapi sebenarnya terang dan dibawah DRL ada projected headlamp. Di bahagian belakang, lampu belakangnya merentas daripada hujung kiri ke hujung kanan.



Rekaan lampu juga agak unik kerana ia tidak flush dengan badan kereta sebaliknya terbonjol keluar, orang kampung saya kata tercongek. But belakang yang bercerun menampakkan kereta ini lebih sporty dan lebih aerodinamik. Ada pelbagai kamera boleh anda temukan pada kereta di luar dan di bahagian dalam.

Pada saya ciri paling menarik pada kereta pintu engsel gunting ini. Bukan setakat engsel gunting, ia diperkasa motor untuk buka ataupun tutup. Contoh kereta yang ada teknologi seperti ini adalah Koenigsegg Regera yang harganya USD2 juta. Bahagian dalamnya memang jauh mewah daripada Neta V. Daripada hujung ke hujung anda akan dihidangkan dengan skrin.

Instrument klusternya digital sepenuhnya. Kemudian anda dapat skrin inforia 17.6” besar. Kalau anda perasan, kereta ini adalah pemandunya disebelah kiri kerana ia datang terus dari tanah besar china sana. Jadi segala macam benda yang dipaparkan ini adalah berbahasa China dan untuk gunakan sepenuhnya sistem ini, pengaktifan perlu dilakukan melalui WeChat.

Sama macam Neta V, sebahagian besar tetapan kereta perlu dilakukan melalui paparan ini. Kalau anda penumpang, anda beruntung sebab anda ada skrin peribadi 12.3” yang boleh anda gunakan untuk menonton kandungan video. Kerusi pemandu dan penumpang kedua-duanya dikawal motor. Anda boleh ubah tinggi, jarak daripada stereng, sudut sandar, dan ada juga sistem sokongan lumbar. Lagi menarik, ada juga fungsi mengurut yang boleh dimanfaatkan. Kerusi belakang juga ada motor elektrik mengawalnya. Cumanya tidaklah secanggih kerusi depan. Yang boleh dikawal cuma sudut sandar sahaja.

Satu perkara menarik dengan kerusi belakang ini adalah konsol tengah ini boleh turunkan dan dedahkan alat kawalan kerusi belakang. Ada juga sedikit ruang penyimpanan untuk kemudahan. Kemasan dalaman kereta ini agak premium. Anda ada gabungan plastik lembut di bahagian atas dashboard, kemudian plastik keras di bahagian yang susah dijangkau dan sedikit kemasan kulit dan alcantara di bahagian kerusi.

Dalam pasaran China, ada beberapa varian Neta S dijual di sana. Neta S dijual dalam varian Front Wheel dan All Wheel Drive. Varian paling berkuasa dikuasakan sepasang motor yang keluarkan 456hp dengan tork setinggi 620Nm. 0 ke 100km/j cuma ambil masa 3.9 sahaja tapi kelajuan dihadkan kepada 180km/j.

Itulah dia sedikit sebanyak tentang Neta S daripada China. Untuk pasaran Malaysia, kami dimaklumkan yang ia tidak akan masuk sekurang-kurangnya sehingga 2025 ini. Jadi, spesifikasi yang saya dan anda lihat ini mungkin tak sama dengan yang akan masuki Malaysia kelak. Harapnya adalah Android Auto dan Apple Store. Apa pendapat anda dengan kereta ini? Berapakah harga yang munasabah untuknya? Turunkan dalam ruangan komen nanti.

Tags: netaneta s
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Neta S: China terus-menerus tampil dengan EV menarik

Neta S: China terus-menerus tampil dengan EV menarik

16 June 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER