• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perodua Axia E 2023: Kereta paling murah di Malaysia, dibina berasaskan model lama, kurang aksesori dan ciri keselamatan

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 16/06/2023
  • Komen
Perodua Axia E 2023: Kereta paling murah di Malaysia, dibina berasaskan model lama, kurang aksesori dan ciri keselamatan
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Perodua telah melancarkan model Axia serba baharu tetapi harganya telah melonjak, bermula dari RM38,600. Tetapi jika anda mencari kereta lebih murah yang cukup untuk membawa anda bergerak, Perodua baru sahaja melancarkan varian Axia E 2023 pada harga jauh lebih murah iaitu RM22,000 sahaja.

Bagaimanapun, dengan perbezaan harga sebanyak ini membawa makna banyak perkara akan diabaikan. Tetapi perbezaan terbesar adalah, ia sebenarnya bukanlah Axia yang baru dilancarkan tahun ini. Sebaliknya ia adalah Axia generasi sebelumnya dan diberi rupa baharu.



Axia E 2023 baharu lebih murah RM2,090 dari sebelumnya

Perodua Axia E 2023 yang baru ini dijual pada harga RM22,000 tanpa insuran. Ia lebih murah kira-kira RM2,090 berbanding model Axia E 2019 (RM24,090) sebelum ini. Malah, beza harganya dengan Axia 2023 (RM38,600) serba baharu termurah adalah RM16,600. Varian baharu ini disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah dan ia sebahagian daripada objektif Perodua untuk menyediakan kenderaan yang mampu milik dan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya percaya varian ini akan memenuhi peranan semasanya untuk memberi peluang kepada pemilik motosikal bagi memiliki kereta baharu. Katanya lagi, berdasarkan perbincangan dengan institusi kewangan tempatan, Perodua mendapati hanya RM300 diperlukan untuk membayar kos sewa beli setiap bulan untuk memiliki Axia E. Ini adalah kos sama yang perlu dibayar oleh seseorang untuk membeli motosikal baharu secara sewa beli.



Perodua menyasarkan untuk menjual sehingga 1,500 unit Perodua Axia E sebulan, termasuk pemilikan individu dan korporat. Terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.

Ini adalah Axia E 2019 dengan bampar 2017

Varian Axia E 2023 ini sebenarnya diperbuat daripada kerangka Axia E 2019, malah boleh dikatakan ia adalah model “facelift”. Tetapi bahagian bamparnya diambil daripada model Axia 2017.

Ia masih menggunakan kuasa yang serupa iaitu enjin 1.0-liter 3-silinder 1KR-VE DOHC 12V VVT-i dipadankan bersama transmisi manual 5-kelajuan. Enjin ini menghasilkan kuasa 50kW (67hp) dan tork 91Nm. Ia dilengkapi tangki minyak 33-liter dengan berat keseluruhan badan 825kg, memberikan kadar penggunaan minyak sekitar 22.5km setiap liter.

Satu-satunya model Perodua manual

Selepas memperkenal penggunaan D-CVT sebagai standard untuk semua model Myvi 2022 dan Axia 2023, varian terbaru Axia E 2023 ini menjadi satu-satunya pilihan dengan transmisi manual keluaran Perodua sekarang. Selain menjadi kereta termurah dijual di Malaysia, ia juga sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan untuk sekolah memandu bagi pilihan pemanduan manual.

4-bintang ASEAN NCAP tetapi tiada ABS, EBD dan kawalan kestabilan

Sebagai model termurah dan paling asas, Axia kekurangan banyak ciri-ciri keselamatan seperti yang ada di Perodua Axia 1.0 G. ia dilengkapi dua beg udara, ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, tetapi itu sahaja. Tiada Sistem Antikekunci Brek (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) atau Kawalan Cengkaman (TC).

Walaupun tiada ABS, Axia E 2023 masih mampu mencapai piawaian 4-bintang ASEAN NCAP daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Terlalu banyak yang tiada, termasuk kunci berpusat dan lapik kaki

Mungkin murah menjadikannya tiada fungsi canggih, tetapi Perodua turut tidak memberi beberapa aksesori dan ciri asas. Antaranya tiada sistem kunci berpusat serta penggera dan tiada juga meter rev di papan pemuka pemandu.

Tiada unit radio dan speaker dipasang malah tiada lapik kaki diberikan. Tetapi ia masih ada penghawa dingin, stereng kuasa elektrik dan tingkap elektrik. Seperti dijangka, ia juga datang dengan rim besi 14-inci.

Adakah RM22,000 pada Perodua Axia E 2023 mencukupi sebagai kenderaan untuk membawa anda ke destinasi yang ingin dituju? Berikan pandangan anda di ruangan komen ya.

Bacaan Berkaitan

  • Axia 2023: Ini rupa kereta terbaharu hatcback termampu milik Perodua
  • Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah
Tags: Peroduaperodua axia
Najib

Najib

POPULAR

Perodua Axia E 2023: Kereta paling murah di Malaysia, dibina berasaskan model lama, kurang aksesori dan ciri keselamatan

Perodua Axia E 2023: Kereta paling murah di Malaysia, dibina berasaskan model lama, kurang aksesori dan ciri keselamatan

16 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER