• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bosan pelawak hambar jadi juruhebah? FlyFM ada Aina Sabrina, DJ radio berasaskan AI

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:02 pm
  • 19/06/2023
  • Komen
Bosan pelawak hambar jadi juruhebah? FlyFM ada Aina Sabrina, DJ radio berasaskan AI
Share on FacebookShare on Twitter

Stesen radio berbahasa Inggeris terkenal Malaysia, Fly FM, hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila mereka mengumumkan jurhebah radio pertama Malaysia berasaskan kecerdasan buatan (AI). Nama yang diberikan adalah Aina Sabrina dan ia akan ke udara bermula 19 Jun 2023 setiap hari jam 2 sehingga 4 petang.

Sumber

Pada hari pertama dia keudara, boleh didengarkan Aina berinteraksi dengan pemanggil yang menelefon masuk untuk membuat permohonan lagu. Salah satu perkara yang menarik adalah Aina meminta pemanggil senandungkan lagu yang ingin dimainkan dan Aina akan mengenal pastinya.



Rakaman Suara Aina Sabrina

Daripada klip video yang kami dengar sewaktu Aina keudara, walaupun intonasi penyampai radio AI itu seperti semula jadi, tapi keseluruhan sesi berbual dengan pendengar yang memanggil masuk masih kedengaran canggung. Besar kemungkinan pemanggil itu bukanlah daripada individu rawak sebaliknya penguji.



Paling ketara adalah pada bahagian sewaktu pemanggil menyayikan sedikit lagu “Flower”, memang jelas ia berlainan dengan suara pemaggil sewaktu bercakap biasa. Adakah pemanggil juga adalah AI?

Teknologi AI kini menyerap masuk ke dalam segenap pelosok industri. Di luar sana, produk AI untuk radio terkenal adalah RadioGPT yang berasaskan ChatGPT-4.

Antara kelebihan juruhebah radio berasaskan AI adalah tahap konsistensi yang tinggi seperti boleh mengekalkan tenaga dek tidak perlu berehat. Walau bagaimanapun, juruhebah AI tiada sentuhan manusia seperti tidak beromsi dan empati. Jadi, perbualan akan kelihatan statik.

Walau apapun, FlyFm boleh didengarkan melalui radio FM ataupun strim secara dalam talian di flyfm.audio, YouTube, ataupun Audio+.

Tags: airadio
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Bosan pelawak hambar jadi juruhebah? FlyFM ada Aina Sabrina, DJ radio berasaskan AI

Bosan pelawak hambar jadi juruhebah? FlyFM ada Aina Sabrina, DJ radio berasaskan AI

19 June 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN