• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zenfone 10 temui pengguna pada 29 Jun 2023, ini rupa parasnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:55 am
  • 19/06/2023
  • Komen
Zenfone 10 temui pengguna pada 29 Jun 2023, ini rupa parasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Asus menjadualkan pelancaran siri Zenfone 10 mereka pada 29 Jun 2023. Sedang kita menghampiri tarikh tersebut, semakin banyak maklumat berkaitan telefon itu menyusup keluar ke dunia Internet, salah sautnya adalah rupa parasnya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Evan Blass, Zenfone 10 bakal hadir dalam 5 warna iaitu hitam, biru, hijau, merah dan putih. Lebih menarik, ia akan mengekalkan fizikaliti kompak, sesuai untuk orang yang mengkehendakkan telefon dengan skrin bawah 6”. Skrin Zenfone 10 katanya berukuran 5.9”.



Daripada segi rekaan, ia masih mengekalkan rupa paras siri Zenfone 9.

Zenfone 9

Spesifikasi teknikal Zenfone 10 masih tandus maklumatnya. Namun, ia seharusnya lebih baik daripada Zenfone 9 sekarang. Berikut adalah ringkasan spesifikasi Zenfone 9:



  • SoC Snapdragon 8+ Gen 1
  • Skrin 5.9”, Super AMOLED 120Hz, 1100nits
  • Kombinasi RAM/Storan sehingga 16GB/256GB
  • Kamera belakang 50MP + 12MP (ultralebar)
  • Kamera depan 12MP
  • Bateri 4,300mAh, pengecasan 30W

Peluang untuk telefon ini masuki pasaran Malaysia agak tipis. Hal ini kerana, kali terakhir Zenfone masuki Malaysia adalah siri Zenfone 8 tahun 2021. Satu-satunya telefon berjenama Asus yang ada dalam pasaran kita adalah ROG Phone.

Sumber: GSMArena

Bacaan berkaitan

Asus Zenfone 8 & Zenfone 8 tiba di Malaysia, pilihan RAM sehingga 16GB

ASUS ROG Phone 7 dilancar dengan naiktaraf Subwoofer 2.1 pada kipas AeroActive Cooler 7

ROG Phone 6 Edisi Diablo Immortal: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: androidasusASUS ZenFoneasus zenfone 10mobilezenfone 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Zenfone 10 temui pengguna pada 29 Jun 2023, ini rupa parasnya

Zenfone 10 temui pengguna pada 29 Jun 2023, ini rupa parasnya

19 June 2023
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER