• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli Mini Electric dan cas di rangkaian ChargEV dan JomCharge percuma selama setahun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:43 am
  • 21/06/2023
  • Komen
Beli Mini Electric dan cas di rangkaian ChargEV dan JomCharge percuma selama setahun
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang sedang usyar sebuah EV, apa kata anda pertimbangkan sebuah Mini Electric kerana ada satu promo menarik sedang berjalan sekarang. Pengedarnya menawarkan kemudahan pengecasan percuma di fasiliti JomCharge dan chargEV percuma selama setahun. Bolehlah anda berjimat selepas berbelanja untuk dapatkan Mini Electric.

Promo ini berjalan sepanjang Jun 2023. Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya, harga penawaran Mini Electric adalah seperti berikut:



  • Mini Electric Standard – RM193,834
  • Mini Electric Resolution Edition – RM205,834

Untuk makluman anda, Mini Electric ditawarkan dalam dua variasi iaitu standard ataupun Resolution Edition. Daripada segi prestasi, tiada bezanya antara mereka berdua tapi mereka berbeza daripada segi kemasan dan estetik. Variasa Resolution tampil dengan kemasan krom yang lebih banyak, rim aloi 17” yang lebih cantik dan juga kerusi berkemasan kulit Nappa untuk berikan pengalaman lebih premium.

Daripada segi prestasi, Mini Electric adalah sebuah EV pacuan roda depan dengan satu motor berkuasa 194hp dan paras tork setinggi 270Nm. Memiliki kelajuan maksimum 150km/j, Mini Electric mampu memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.3 saat sahaja.



Jarak kembara yang dimilikinya ada 234km dengan bateri yang agak kecil untuk piawaian EV masa ini iaitu 28.9kWh. Apabila perlu dicas, ia mampu menerima DC pada paras 50kW ataupun AC pada paras 11kW.

Anda boleh kunjungi pengedar Mini tedekat ataupun pergi ke laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Tags: automotifEVMINImini electric
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli Mini Electric dan cas di rangkaian ChargEV dan JomCharge percuma selama setahun

Beli Mini Electric dan cas di rangkaian ChargEV dan JomCharge percuma selama setahun

21 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN