• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Penerbangan Citilink kini terdapat di AirAsia SuperApp, diskaun eksklusif 20% untuk tiga laluan

  • OLEH Najib
  • 4:55 pm
  • 21/06/2023
  • Komen
Penerbangan Citilink kini terdapat di AirAsia SuperApp, diskaun eksklusif 20% untuk tiga laluan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia SuperApp menyediakan perkhidmatan jualan tiket penerbangan bukan sahaja dari AirAsia, tetapi syarikat penerbangan lain termasuk Malaysia Airlines. Kini, mereka mengumumkan satu lagi penerbangan serantau yang boleh ditempah di dalam AirAsia SuperApp iaitu Citilink.

Kerjasama antara AirAsia SuperApp dan Citilink ini telah dirasmikan pada majlis menandatangani perjanjian antara Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial AirAsia SuperApp dan Ichwan F. Agus, Ketua Pegawai Komersial & Kargo Citilink di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak komited untuk mengoptimumkan semua potensi kerjasama daripada perkongsian ini termasuk kempen pemasaran bersama, jualan silang dengan perkhidmatan pelancongan lain pada superapp perjalanan serta inisiatif untuk memastikan kepuasan pengguna dan prestasi perniagaan kedua-dua entiti.



MOU antara AirAsia SuperApp dan Citilink

Tan Mai Yin, Ketua Pegawai Komersial AirAsia SuperApp, berkata, “Kami ingin mengalu-alukan Citilink Indonesia ke platform OTA airasia Superapp, dan kami berbesar hati untuk mendapat kepercayaan mereka untuk menjual rangkaian laluan Citilink yang luas pada aplikasi kami, mengukuhkan lagi kedudukan OTA kami di Asia Tenggara. Perkongsian itu menandakan satu peristiwa penting dalam industri pelancongan Asia Tenggara di mana dua gergasi industri yang berkongsi visi yang sama akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk memberikan kualiti dan nilai dalam perjalanan untuk semua orang.”

Ichwan F. Agus, Ketua Pegawai Komersial & Kargo Citilink, menyatakan, “Citilink amat mengalu-alukan kerjasama dengan airasia Superapp. Kerjasama ini adalah salah satu usaha berterusan Citilink untuk menambah baik perkhidmatan dan memberi nilai tambahan kepada semua pelanggan. Kerjasama antara Citilink dan airasia Superapp juga dijangka memberi manfaat yang luas terutamanya dari segi memudahkan perjalanan pelanggan.”



Laluan baharu dan promosi diskaun 20%

Selaras dengan pengumuman kerjasama ini, Citilink turut mengumumkan laluan baharu menghubungkan Indonesia dan Malaysia iaitu laluan Medan – Kuala Lumpur, selepas laluan Jakarta – Kuala Lumpur dan Medan – Pulau Pinang yang telah beroperasi sebelum ini. Laluan baharu ini dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun 2023, dan terbang setiap hari dengan pesawat Airbus A320.

Khas untuk ketiga-tiga laluan tersebut, AirAsia SuperApp dan Citilink menawarkan diskaun eksklusif sehingga 20%. Tambang promosi tersedia untuk tempahan di AirAsia SuperApp mulai sekarang hingga 25 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 19 Jun – 31 Disember 2023.

Selain daripada Citilink, AirAsia SuperApp juga mempunyai lebih 70 rakan kongsi syarikat penerbangan lain, seperti ANA, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Etihad, Thai Smile, serta lebih daripada 700 syarikat penerbangan antarabangsa lain. AirAsia SuperApp turut menyediakan pengalaman tempahan menyeluruh termasuk hotel, pengangkutan darat, penghantaran makanan, beli-belah, insuran dan banyak lagi.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia umum kerjasama dengan FoodPanda, gabung kepakaran pengangkutan dan penghantaran makanan
  • Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi
  • Anda kini boleh jejak proses refund AirAsia menerusi Super App
Tags: AirAsiaAirasia Super AppCitilink
Najib

Najib

POPULAR

Penerbangan Citilink kini terdapat di AirAsia SuperApp, diskaun eksklusif 20% untuk tiga laluan

Penerbangan Citilink kini terdapat di AirAsia SuperApp, diskaun eksklusif 20% untuk tiga laluan

21 June 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN