• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi Fadzil: Syarikat telekomunikasi akan umum beberapa berita gembira berkaitan 5G sebelum Julai

  • OLEH Najib
  • 11:16 am
  • 21/06/2023
  • Komen
Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang
Share on FacebookShare on Twitter

Ada berita gembira bakal diumum syarikat telekomunikasi (telco) berkaitan 5G pada jujung bulan ini. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil dalam ucapan pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Beliau berkata, telco telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G. Sehubungan itu beliau berharap, menjelang 30 Jun nanti akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan telco. Malah, mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti.



Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian pada awal tahun 2024, sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk. Peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

Bagi memastikan peralihan kepada dwi-rangkaian berjalan lancar, KKD menubuhkan Pasukan Petugas 5G yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk, Johan Mahmood Merican bersama Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. Dalam laporan sebelum ini, Pasukan Petugas 5G akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu berkaitan perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) serta penyertaan ekuiti mereka dalam entiti berkenaan. Selepas isu ini diselesaikan, ia akan membolehkan pihak penyedia perkhidmatan utama termasuk Maxis, menawarkan pakej-pakej perkhidmatan 5G kepada pengguna.



Buat masa ini, pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1% di kawasan berpenduduk. Walaupun liputan meningkat, kadar penggunaan 5G oleh rakyat Malaysia masih kekal terendah di rantau ASEAN. Suruhanjaya Komunikasi dan Multiemdia (SKMM) mendedahkan baru-baru ini bahawa kadar penggunaan 5G di Malaysia hanya 3.1% pada 30 April 2023, iaitu sekitar 1.2 juta pengguna.

Memandangkan DNB beroperasi berdasarkan model pemulihan-kos bagi menyediakan akses yang sama rata kepada semua telco, harga akses 5G mestilah adil tanpa tempoh kontrak yang membebankan bagi berhadapan dengan persaingan rangkaian 5G kedua tahun hadapan. Kerajaan juga berniat untuk melepaskan pegangan DNB dan menjadikannya swasta kerana mahu telco terlibat di dalam DNB. Setahun yang lalu, emapt telco utama menyatakan kesediaan mereka untuk mengambilalih pegangan di dalam DNB tetapi melalui proses penggabungan dan pengambilalihan.

Bagaimanapun, tiga daripada empat telco utama iaitu Celcom, Digi dan TM yang telah menandatangani MoU pengambilalihan ini, telah mengumumkan penamatan perjanjian tersebut akibat tamat tempoh. Menurut CelcomDigi, penamatan perjanjian ini akan membuka jalan untuk mereka menyertai mana-mana proses baru, termasuk pengambilalihan pegangan bersama di dalam industri.

Dengan tempoh 6-bulan lagi sebelum Malaysia beralih ke model dwirangkaan 5G, KKD harus segera menjelaskan halatuju negara untuk memastikan peralihan berjalan dengan lancar. Beberapa persoalan yang perlukan jawapan segera termasuk telco mana yang terlibat dengan Entiti A dan Entiti B? Berapa banyak belanja yang DNB perlukan lagi untuk mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk? Bagaimanana telco sedia ada boleh terlibat di dalam DNB untuk membantu menjimatkan lagi kos dan mempercepat pembangunan 5G, terutama sekali liputan di dalam bangunan?

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%
  • CelcomDigi umum lepaskan ekuiti dalam DNB selepas Malaysia umum model dwirangkaian 5G
  • DNB akan jadi entiti swasta sepenuhnya selepas cakupan 80% dicapai
  • TM tarik diri ambil alih DNB, akibat tamat tempoh perjanjian seperti CelcomDigi
  • Maxis mungkin dapat sediakan 5G, tidak lama lagi selepas perjanjian akses 5G bersama DNB diselesaikan
Tags: Fahmi FadzilkkdSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Turun lagi harga internet, Fahmi Fadzil minta SKMM dan telco berbincang

Fahmi Fadzil: Syarikat telekomunikasi akan umum beberapa berita gembira berkaitan 5G sebelum Julai

21 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER