• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix boleh dilanggan di Unifi TV tetapi masih tiada di Unifi Plus Box, ini penerangan TM

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 23/06/2023
  • Komen
Netflix boleh dilanggan di Unifi TV tetapi masih tiada di Unifi Plus Box, ini penerangan TM
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 23 Jun, Unifi mula menawarkan langganan Netflix dalam sebahagian pek Unifi TV mereka. Malah, pengguna Unifi TV juga dimaklumkan, berpeluang melanggan Netflix secara tunggal tidak lama lagi.

Tetapi semakan di Unifi Plus Box hari ini menunjukkan, Netflix masih tidak ditemui di dalam Google Playstore. Sebelum ini, Netflix disekat pemasangannya di Unifi Plus Box kerana TM menyatakan, mereka masih belum memeterai kerjasama dengan Netflix. Kini ia telah mula ditawarkan dan boleh dilanggan, apa lagi yang menjadi penghalang?



Untuk itu, kami melawat semula laman web Unifi TV dan melihat ia telah dikemaskini dengan soalan lazim (FAQ) terbaru yang memuatkan perkara berkaitan Netflix. Soalan nombor 4 yang bertanyakan tentang cara menonton aplikasi penstriman.

Jawapan yang diberikan adalah, aplikasi Netflix paling bagus ditonton di Unifi Plus Box tetapi ia akan akan terdapat di Unifi Plus Box di kemudian hari. Pengguna boleh memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintart atau tablet, atau di TV Pintar.



Ringkasnya, Netflix masih belum ada di Unifi Plus Box sekarang. Sampai bila? TM tidak memberitahunya lagi.

Dalam dokumen yang sama, TM juga menyediakan ruangan FAQ khas untuk Netflix mulai soalan no 36 hingga 45. Jawapan no 42 menerangkan bahawa TM meminta maaf kerana kesulitan yang dihadapi dan sedang berusaha untuk menyediakan Netflix ke dalam Unifi Plus Box di masa akan datang. Buat masa sekarang, sila tonton Netflix di peranti yang serasi.

Selain itu, FAQ tersebut juga menerangkan, pelanggan boleh menghubungkan akaun sedia ada Netflix kepada pek Unifi TV dengan memberikan maklumat akaun Netflix kepada Unifi TV. Jadi sejarah tontonan dan kegemaran akan kekal.

Pengguna juga boleh menaik taraf langganan Netflix yang datang bersama pek Ultimate Plus dan Ultimate Max. Pek Ultimate Plus dilengkapi pelan Netflix Basic, boleh dinaik taraf kepada Standard dengan tambahan RM17, dan menjadi pelan Premium dengan bayaran RM27. Pek Ultimate Max pula yang memiliki Netflix Standard, hanya tanya RM10 untuk dinaik taraf ke Premium.

Harap-harap, TM dapat menyegerakan kemasukan aplikasi Netflix ke dalam Unifi Plus Box. Untuk maklumat lanjut, layari laman Netflix di Unifi TV. Semak juga FAQ di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Unifi TV sudah ada Netflix, perkenal 2 pek baru dengan harga promosi
  • Netflix Malaysia mula kenakan caj RM13 untuk pengguna berkongsi akaun yang tidak tinggal serumah
  • Disney+ Hotstar & BeIN Sports akan datang ke Unifi TV dan diberi percuma bagi pelanggan Ultimate Pack
Tags: NetflixTMUnifiunifi TV
Najib

Najib

POPULAR

Netflix boleh dilanggan di Unifi TV tetapi masih tiada di Unifi Plus Box, ini penerangan TM

Netflix boleh dilanggan di Unifi TV tetapi masih tiada di Unifi Plus Box, ini penerangan TM

23 June 2023
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN