• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netizen tak puas hati Grab kendalikan isu warga Singapura mengamuk guna IG Story sahaja

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:08 pm
  • 23/06/2023
  • Komen
Netizen tak puas hati Grab kendalikan isu warga Singapura mengamuk guna IG Story sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Anda dah dengar tentang insiden viral yang melibatkan seorang rakan penghantar Grab bertikam lidah dengan individu yang didakwa warga Singapura kerana dipercayai ingin membeli petrol RON95 di Johor Bahru? Susulan insiden tersebut, rakan penghantar tersebut memaklumkan yang akaun Grab miliknya telah digantung oleh pihak penyedia perkhidmatan tanpa penjelasan.

Pada tengah malam 22 Jun, akaun Twitter Grab Malaysia telah mengutuskan satu kenyataan rasmi berkaitan penggantungan itu.



Sumber

Daripada kandungan utusan, benar memang ada penggantungan berlaku dan ia disebabkan adanya aduan pihak awam yang melibatkan keselamatan kerana rakan penghantar sedang dalam proses menghantar makanan sewaktu video itu dirakam.

Jika anda pergi ke laman yang menggariskan tatakelakuan rakan pemandu / rakan penghantar, tiada pula dinyatakan dalam mana-mana perenggan yang mengatakan tidak boleh berhenti untuk mengisi petrol sewaktu dalam proses penghantaran. Lagipun, jelas kelihatan di dalam video tersebut yang individu terlibat adalah seorang rakan penghantar, dia menghantar barang dan bukannya menghantar penumpang.



Sungguhpun pihak Grab telahpun mengaktifkan kembali akaun rakan penghantar yang terlibat, komen-komen yang diturunkan di bebenang Tweet itu seperti tidak berpuas hati. Seruan untuk menyahpasang Grab sangatlah viral lebih-lebih lagi bila melibatkan pengguna yang memiliki tanda biru yang biasanya menunjukkan ia adalah individu berpengaruh.

Ada juga yang mempersoalkan medium yang digunakan Grab untuk memperjelas isu ini. Didapati yang mereka menggunakan IG Story dan mengutuskannya semula di Twitter. Untuk sebuah syarikat senaraian NASDAQ, sudah tentu mereka ada laman web yang lebih sesuai digunakan. Adakah mereka mahu isu ini terkambus secepat mungkin dan tidak boleh diindekskan oleh Google?

Kami telahpun menghubungi pihak Grab untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan penggantungan akaun rakan penghantar tersebut.

Larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing bukanlah perkara baharu. Ia sudahpun dikuatkuasakan seawal 2010 lagi. Kemudian usaha untuk membaterasnya kembali dipergiat dalam tahun 2022 susulan pembukaan semula sempadan negara dek bencana COVID-19.

KPDNHEP memberitahu orang ramai yang mana-mana orang atau pengusaha stesen minyak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Tags: Grab
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Netizen tak puas hati Grab kendalikan isu warga Singapura mengamuk guna IG Story sahaja

Netizen tak puas hati Grab kendalikan isu warga Singapura mengamuk guna IG Story sahaja

23 June 2023
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER