• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile U Home 5G:: Pelan data 5G tanpa had paling murah, tiada kontrak dan sekatan kelajuan

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 23/06/2023
  • Komen
U Mobile U Home 5G:: Pelan data 5G tanpa had paling murah, tiada kontrak dan sekatan kelajuan
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada talian jalur lebar tetap di rumah anda, tapi ada liputan 5G? Anda kini boleh nikmati kelajuan 5G di rumah pada harga lebih murah dengan pelan terbaru U Mobile U Home 5G. Ia adalah pelan jalur lebar kediaman 5G yang pertama di Malaysia tanpa kontrak, kerana tiada peranti diberikan percuma.

Malah, harganya sangat murah iaitu RM78/bulan dan sempena promosi pengenalan, pengguna hanya perlu membayar RM68/bulan, penjimatan sebanyak RM10. Rebat RM10 ini kekal selagi mana pengguna tidak menamatkan langganan. Lebih menarik lagi, tiada sekatan kelajuan dikenakan tetapi dikenakan polisi penggunaan saksama (FUP).



Pelan U Home 5G menyediakan data 4G dan 5G tanpa had, serta tanpa sekatan kelajuan. U Mobile menyatakan, pengguna boleh menikmati kelajuan sernedah 100Mbps di rangkaian 5G seperti yang dijamin oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Di rangkaian 4G U Mobile, purata kelajuan yang dinikmati pengguna adalah sekitar 23Mbps, menurut ujian kelajuan Ookla.

Pengguna juga tidak diikat dengan sebarang kontrak, kerana ini adalah pelan yang memberikan kad SIM sahaja, tiada router 5G diberikan percuma. Walaupun tiada FUP dikuatkuasakan, FAQ U Mobile ada menjelaskan bahawa mereka mungkin akan menyekat kelajuan pengguna jika mengesan sebarang salah guna atau penggunaan luar biasa, melebihi 1000GB.



Walaupun tiada router percuma, laman web U Mobile ada mencadangkan router untuk dibeli di atas talian. Antaranya router ZTE MC801A1 5G (Shopee, Lazada) berharga RM1,699 dan juga router ZTE MC8020 5G (Shopee, Lazada) yang berharga RM1,799.

Untuk perbandigan, Yes 5G menawarkan pelan Yes 5G Wireless Broadband pada harga RM148/bulan (promosi RM99/bulan untuk 6 bulan pertama). Kelajuan 5G disekat kepada 120Mbps untuk kegunaan tanpa had, tetapi terbalik di 4G kerana ia tiada sekatan kelajuan tetapi kuota hanya 150GB. Pelan Yes ini juga mengikat pengguna kepada kontrak 24-bulan tetapi ia hadir bersama router 5G WiFi 6 percuma, bernilai RM1,199.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pelan U Mobile U Home 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Yes Wireless 5G menawarkan kuota 5G tanpa had hanya RM99/bulan
  • Prabayar baru U Mobile ada 5G tanpa had untuk 2 hari sahaja seminggu
  • U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih
Tags: u mobileU Mobile U Home 5G
Najib

Najib

POPULAR

U Mobile U Home 5G:: Pelan data 5G tanpa had paling murah, tiada kontrak dan sekatan kelajuan

U Mobile U Home 5G:: Pelan data 5G tanpa had paling murah, tiada kontrak dan sekatan kelajuan

23 June 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER