• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen lancar Powerbank yang mampu mengecas laptop dan telefon secara pantas, boleh guna dalam kapal terbang

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:02 pm
  • 23/06/2023
  • Komen
Ugreen lancar Powerbank yang mampu mengecas laptop dan telefon secara pantas, boleh guna dalam kapal terbang
Share on FacebookShare on Twitter

Powerbank boleh menjadi penyelamat di saat genting tatkala anda kehabisan jus bateri telefon. Ada pelbagai jenis powerbank yang tersedia di pasaran tapi rata-ratanya tidak memberikan pengecasan pantas apatah lagi keupayaan untuk mengecas laptop. Tapi Ugreen ada penyelesaian untuk perkara itu.

Ugreen telah melancarkan produk terbaru dalam keluarga Powerbank mereka yang mampu mengecas laptop iaitu Ugreen powerbank 145W. Ia menampilkan kapasiti yang sangat besar pada 25,000mAh dan seperti namanya, ia menyokong output tenaga sehingga 145W. Ini dibolehkan melalui teknologi Power Delivery 3.0 dan Quick Charge 3.0 yang dilengkapinya.



Jadi, bukan sahaja mampu mengecas laju telefon, ia juga boleh digunakan untuk mengecas pelbagai peranti kerana mempunyai output tenaga yang tinggi. Untuk mengecas penuh sebuah Macbook Air 13″ 2022, Ugreen mendakwa ia hanya mengambil masa 90 minit sahaja.

Lebih menarik, powerbank terbaru Ugreen ini mampu mengecas sehingga 3 peranti dalam satu masa menggunakan 3 port yang ada iaitu dua port USB-C dan satu port USB-A. Tapi, port USB-A hanya limit pada 18W dan hanya satu USB-C yang boleh menyokong sehingga 100W dan lagi satu menyokong 45W. Jikalau ketiga-tiga port digunakan serentak, keseluruhan output tenaga akan dihadkan kepada 115W.



Terdapat juga pecahan output tenaga kalau anda menggunakannya untuk mengecas dua atau tiga peranti serentak. Untuk lebih jelas anda boleh lihat gambar di bawah.

Untuk mengisi tenaga powerbank semula, ia boleh dicas menggunakan pengecas PD 65W yang mengambil masa 2 jam untuk penuh. Pengecas 65W dijual berasingan. Lagi hebat, ia boleh mengecas secara dua hala menggunakan teknologi dwiarah, bermakna ia boleh terus mengecas peranti lain ketika powerbank sedang dicas. Terdapat paparan LED digital di sisi powerbank untuk melihat lebihan bateri.

Sementara itu, powerbank Ugreen ini juga boleh dibawa dalam kapal terbang kerana ia melepasi syarat tidak melebih kapasiti bateri 100Wh atau bersamaan dengan 27,000mAh.

Powerbank Ugreen 145W ini hanya seberat 513gram dan serasi digunakan bersama pelbagai peranti. Powerbank ini juga telah mula dijual di Malaysia pada harga RM352.90 dan anda boleh dapatkannya di stor rasmi Ugreen Malaysia di Lazada atau Shopee.

Tags: powerbankUgreenUgreen Powerbank 145w
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ugreen lancar Powerbank yang mampu mengecas laptop dan telefon secara pantas, boleh guna dalam kapal terbang

Ugreen lancar Powerbank yang mampu mengecas laptop dan telefon secara pantas, boleh guna dalam kapal terbang

23 June 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN