• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Liputan 4G Unifi Mobile lebih meluas dengan perkongsian rangkaian Maxis

  • OLEH Najib
  • 6:15 am
  • 25/06/2023
  • Komen
Liputan 4G Unifi Mobile lebih meluas dengan perkongsian rangkaian Maxis
Share on FacebookShare on Twitter

TM telah menandatangani perjanjian strategik bersama Maxis, bagi mempertingkat liputan rangkaian Unifi Mobile di seluruh negara. Dalam kerjasama ini, TM akan menerima akses kepada rangkaian 4G Multi Operator Core Network (MOCN), termasuk perkhidmatan Perayauan Domestik 4G dan 2G untuk meningkatkan sambungan mudahalih mereka.

Dalam kenyataan rasmi bersama, MOCN adalah mekanisma perkongsian-rangkaian yang membenarkan teras rangkaian berbeza untuk berkongsi Rangkaian Akses Radio (RAN). Dengan kerjasama ini, TM boleh meluaskan liputan 4G di seluruh negara melalui infrastruktur RAN Maxis. Ini akan mempertingkat liputan Unifi Mobile di kawasan berpenduduk kepada 95%.



Dengan perjanjian ini, Maxis akan menyediakan kira-kira 6,800 tapak untuk MOCN dan perayauan domestik 4G, serta 10,000 tapak untuk perayauan domsetik 2G. Ini akan memberi faedah kepada kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Berucap dalam acara yang diadakan di Ibupejabat TM di Cyberjaya, CEO Maxis, Goh Seow Eng berkata, “Ini merupakan pencapaian penting bagi Maxis yang mempersembahkan keupayaan dan rekod prestasi kami dalam menyediakan rangkaian mudah alih berkualiti tinggi. Kami berharap untuk maju ke hadapan dengan TM dalam inisiatif ini. Kerjasama industri adalah cara yang betul ke hadapan kerana ia akhirnya akan memberi manfaat kepada pengguna dengan liputan yang lebih luas melalui kecekapan kos yang lebih baik dan penggunaan sumber kami dengan lebih cekap.”



CEO Kumpulan TM, Datuk Imri Mokhtar pula berkata, “Kita menyaksikan satu langkah penting dalam usaha kerjasama industri ke arah perkongsian infrastruktur. Kerjasama kami akan meningkatkan kedudukan 4G mudah alih TM untuk memberikanm pengalaman pelanggan yang luar biasa untuk pelanggan rumah, PKS dan perusahaan. Ia akan melengkapkan tawaran 5G kami, dan membuka jalan kepada inovasi dan kerjasama yang lebih besar, untuk menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan untuk semua rakyat Malaysia.”

Sebelum ini, Unifi Mobile (di bawah nama Webe/P1) pernah menandatangani perjanjian perayauan domestik bersama Celcom pada tahun 2016. Jika pengguna Unifi Mobile berada di luar liputan mudahalih TM, mereka masih boleh bersambung ke rangkaian Celcom. Pada 2019, Celcom dan Unifi Mobile menandatangani perjanjian perayauan domestik 4G dan perkhidmatan MOCN selama 3 tahun.

Unifi Mobile juga menawarkan perkhidmatan 5G selepas TM menandatangan perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) pada akhir tahun 2022. Walaupun telah membatalkan perjanjian pengambilalihan pegangan dengan DNB baru-baru ini, pengguna Unifi Mobile masih boleh menggunakan 5G tanpa sekatan.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: maxisTMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Liputan 4G Unifi Mobile lebih meluas dengan perkongsian rangkaian Maxis

Liputan 4G Unifi Mobile lebih meluas dengan perkongsian rangkaian Maxis

25 June 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN