• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 26/06/2023
  • Komen
Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?
Share on FacebookShare on Twitter

Media sosial Honor Malaysia hari ini telah membuat peminat tertanya-tanya kerana mereka telah memuat naik sebuah gambar telefon pintar yang belum dilancar di sini. Gambar tersebut turut disertakan perkataan seperti “Revolutionary”, “Photography”, “Eye-protection” dan “Coming Soon”.

Terang Honor lagi, ia adalah telefon pintar kelas pertengahan dan meminta peminat untuk menekanya. Tetapi komen di dalamnya hanya menyebut satu nama sahaja, iaitu Honor 90. Ia adalah telefon pintar yang telah dilancar di China pada akhir bulan lepas, dan dijadualkan pelancaran global pada 6 Julai 2023.



Di China, terdapat dua model dilancar di pentas yang serupa, iaitu Honor 90 berkuasa Snapdragon 7 Gen 1, serta Honor 90 Pro dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Bagaimanapun, gambar pelancaran global hanya menunjukkan satu model sahaja. Ia mungkin petunjuk hanya Honor 90, bukan versi Pro bakal dijual di pasaran antarabangsa, termasuk di Malaysia.

Honor 90 Pro (kiri) dan Honor 90 (kanan)

Spesifikasi Honor 90

Telefon Honor 90 dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 1 Enhanced, memiliki prestasi dipertingkat dengan kelajuan 2.5GHz. Di China, ia ditawarkan dengan pilihan RAM 12GB atau 16GB, serta storan dalaman 256GB atau 512GB.



Skrinnya jenis OLED HD Penuh berukuran 6.7-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan setinggi 1,600nits. Ia dikatakan sangat melindungin mata kerana kadar PWM yang sangat tinggi iaitu 3,840, tertinggi di peranti masa kini.

Kamera hadapannya juga memiliki resolusi sangat tinggi, dengan sensor 50MP F2.4. Di belakang, ia mengekalkan rekaan dua cincin besar seperti Honor 70, memuatkan kamera utama 200MP, kamera ultralebar 12MP dan kamera potret 2MP.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Honor 66W, serta PD 40W. Tiada pengecasan wayarles. Terdapat 4 warna disediakan untuk pilihan bagi pasaran China iaitu Hijau, Hitam, Perak dan Biru Ais.

Harga jualannya di China adalah seperti berikut:

  • Honor 90 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 2,499 (~RM1,615)
  • Honor 90 (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY 2,799 (~RM1,809)
  • Honor 90 (RAM 16GB + Storan 512GB) – CNY 2,999 (~RM1,938)

Tahun lepas, Honor 70 dilancar di Malaysia pada harga RM1,999, lengkap dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Adakah kita akan melihat harga yang serupa untuk Honor 90 di Malaysia, tetapi RAM dipertingkat ke 12GB dan storan 256GB? Kita tengok dulu pelancaran antarabangsa pada 6 Julai nanti.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama
  • Honor 90 Lite disenaraikan untuk pasaran Perancis, lengkap dengan Dimensity 6020
Tags: honorhonor 90mobile
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?

Telefon fotografi Honor dengan perlindungan mata akan tiba, adakah ia pengganti Honor 70?

26 June 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER