• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yakin telefon Vivo anda asli, bukan tiruan? Boleh semak dengan cara mudah ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:49 pm
  • 26/06/2023
  • Komen
Yakin telefon Vivo anda asli, bukan tiruan? Boleh semak dengan cara mudah ini
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Vivo telah banyak keluarkan model-model telefon pintar pada harga yang sangat mampu milik. Di Malaysia, jika anda perasan, ada banyak kedai pihak ketiga yang menjual peranti Vivo sama ada dalam kondisi terpakai atau baru. Tapi anda sedar tak bahawa ada banyak peranti tiruan Vivo berlegar dalam pasaran Malaysia?

Kebanyakan telefon tiruan ini tidak melibatkan telefon-telefon flagship Vivo seperti Vivo X80 dan X90, tapi melibatkan telefon-telefon Vivo yang lebih mampu milik yang berada dalam kelas permulaan atau pertengahan. Menurut Vivo Malaysia, berikut adalah senarai telefon pintar Vivo yang sering dipalsukan.



  • Vivo S1, S1 Pro
  • Vivo V15
  • Vivo V11
  • Vivo V3
  • Vivo V9, V9 Youth
  • Vivo Y11
  • Vivo Y12
  • Vivo Y17
  • Vivo y19
  • Vivo Y20
  • Vivo Y31
  • Vivo Y50
  • Vivo Y55
  • Vivo Y66
  • Vivo Y67
  • Vivo Y71
  • Vivo Y7S
  • Vivo Y81
  • Vivo Y83
  • Vivo Y85
  • Vivo Y93
  • Vivo Y93s

Rata-rata model tiruan adalah model terdahulu yang telah dilancar tiga atau empat tahun lepas. Oleh kerana itu, Vivo telah mengeluarkan garis panduan untuk membantu pengguna supaya mudah membezakan antara produk tiruan atau original. Ketulenan peranti boleh disahkan menggunakan nombor IMEI.

Cara semak keaslian telefon Vivo

Untuk peroleh nombor IMEI di peranti Vivo, anda boleh dial ‘*#06#’ atau boleh pergi ke Settings, kemudian pilih More Settings dan lihat pada bahagian About Phone.



Seterusnya, anda boleh semak nombor IMEI peranti di laman web sokongan Vivo. Anda boleh lawatinya di sini. Jika telefon berstatus original, ia akan memaparkan segala butiran produk seperti nama model, warna, nombor IMEI serta tarikh tamat waranti.

Jika telefon palsu, laman web akan menyatakan nombor IMEI yang disertakan tidak ditemui.

Selain menyemak nombor IMEI, pengguna juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Vivo Malaysia di talian 1800-81-2836 untuk mengesahkan peranti yang dibeli original atau tiruan. Lebih-lebih lagi, Vivo Malaysia mengesyorkan pengguna untuk membuat pembelian telefon Vivo di kedai yang sah seperti Vivo Concept Stores, pengedar sah Vivo, stor Vivo atas talian serta stor rasmi Vivo di Lazada dan Shopee.

Tags: vivo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yakin telefon Vivo anda asli, bukan tiruan? Boleh semak dengan cara mudah ini

Yakin telefon Vivo anda asli, bukan tiruan? Boleh semak dengan cara mudah ini

26 June 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN