• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[PROMO] Telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip 256GB dijual tak sampai RM2,000 di Shopee

  • OLEH Najib
  • 2:44 pm
  • 27/06/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin pelancaran telefon lipat baru, Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 kuat diperkatakan akan diadakan pada hujung bulan Julai. Jika anda seorang yang mahu memiliki telefon lipat tetapi tidak kisah membeli model lama, anda boleh dapatkannya sekarang pada harga di bawah RM2,000.

Urban Republic, penjual gajet dan peranti di Shopee Mall telah menyenaraikan Galaxy Z Flip 3 5G dengan storan 256GB, pada harga RM1,919 sahaja. Anda mungkin dapat membelinya dengan lebih murah jika ada baucar yang boleh digunakan, serta Shopee Coins yang banyak.



Pada masa artikel ini ditulis, terdapat dua pilihan warna dan unit terhad. Warna Krim pmasih ada 17 unit, manakala warna hitam tinggal 9 unit sahaja. Dapatkannya sekarang di Stor Urban Republic di Shopee sekarang jika anda berminat memilikinya.

Spesifikasi Galaxy Z Flip 3

Telefon Galaxy Z Flip 3 ini adalah telefon Samsung yang pertama kalis air IPx8. Ia dikuasakan cip Snapdragon 888, RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS 3.1 256GB. Baterinya cuma 3,300mAh dan sokongan pengecas pantas 25W USB-C dan pengecas wayarles 15W.



Skrin lipat di dalam berukuran 6.7-inci HD penuh, jenis Dynamix AMOLED 2X 120Hz. Skrin kedua di luar pula seluas 1.9-inci jenis Super AMOLED. Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua speaker.

Terdapat dua kamera di luar iaitu kamera utama 12MP F1.8 dwi-piksel OIS dan kamera ultra lebar 12MP F2.2. Di dalam pula, ia ada kamera 10MP F2.4 yang terletak di dalam bulatan kecil di atas skrin.

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 3 terima skrin lebih besar, speaker stereo dan kalis air
  • Galaxy Z Fold 3 & Galaxy Z Flip 3 tiada pengecas di dalam kotak
  • Harga Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 di Malaysia, diumum lebih murah dari sebelumnya
  • PROMO: Diskaun besar untuk Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4 sekarang
Tags: galaxy z flip 3samsungSamsung galaxy z flip 3
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

[PROMO] Telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip 256GB dijual tak sampai RM2,000 di Shopee

27 June 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN