• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 di Malaysia, diumum lebih murah dari sebelumnya

  • OLEH Najib
  • 8:49 am
  • 17/08/2021
  • Komen
Harga Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 di Malaysia, diumum lebih murah dari sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas 5 hari dilancarkan, Samsung Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan untuk produk baru mereka iaitu telefon pintar Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3, jam pintar Galaxy Watch 4 dan fon telinga Galaxy Buds 2. Bersama itu juga, Samsung mengumumkan tarikh tempahan awal dan hadiah yang diberikan bersamanya.

Harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:



Galaxy Z Fold 3 (warna: Hitam, Perak, Hijau)
Storan 256GB – RM6,699
Storan 512GB – RM7,099

Galaxy Z Flip 3 (warna: Krim, Hitam, Hijau, Lavender)
Storan 128GB – RM3,999
Storan 256GB – RM4,199



Galaxy Watch 4 Classic 46mm – RM1,399 (warna: Hitam, Perak)
Galaxy Watch 4 Classic 42mm – RM1,299 (warna: Hitam, Perak)

Galaxy Watch 4 44mm – RM999 (warna: Hitam, Hijau, Perak)
Galaxy Watch 4 40mm – RM899 (warna: Hitam, Hijau, Perak)

Galaxy Buds 2 – RM499

Hadiah untuk tempahan awal

Tempahan awal untuk produk di atas (selain Galaxy Buds 2) akan dibuka bermula dari 19 Ogos sehingga 21 September 2021. Ini satu masa yang agak panjang bagi tempahan awal produk baru Samsung, iaitu lebih daripada sebulan. Bagaimanapun, Samsung menyediakan hadiah istimewa untuk mereka yang membuat tempahan awal dalam waktu ini.

Hadiah percuma yang diberikan adalah seperti berikut:

Galaxy Z Fold 3

  • Perlindungan Pelan Samsung Care+ 1 tahun bernilai RM799
  • e-Baucar Samsung Online Store bernilai RM850

Galaxy Z Flip 3

  • Perlindungan Pelan Samsung Care+ 1 tahun bernilai RM799
  • e-Baucar Samsung Online Store bernilai RM600

Galaxy Watch 4 Classic

  • e-Baucar Samsung Online Store bernilai RM250

Galaxy Watch 4

  • e-Baucar Samsung Online Store bernilai RM150

Kepada yang berminat, tempahan awal untuk produk baru Samsung ini boleh dibuat di Stor Samsung Experience, Rakan Niaga Rasmi Samsung dan Stor Online Samsung Malaysia. Maklumat lanjut akan disediakan Samsung menjelang tarikh bermulanya tempahan kelak, iaitu 19 Ogos 2021.

Kenali lebih dekat mengenai peranti baru Samsung ini menerusi laporan pengumuman kami di bawah ini:

  • Galaxy Z Fold 3
  • Galaxy Z Flip 3
  • Galaxy Watch 4
  • Galaxy Buds 2
Tags: samsungSamsung Galaxy Buds 2Samsung galaxy watch 4Samsung galaxy z flip 3Samsung Galaxy Z Fold 3
Najib

Najib

POPULAR

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

[ KEMASKINI ] Pengguna Maxis dan Hotlink mengadu tiada internet

30 Jun 2022
HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Harga Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 di Malaysia, diumum lebih murah dari sebelumnya

Harga Galaxy Z Fold 3 dan Flip 3 di Malaysia, diumum lebih murah dari sebelumnya

17 Ogos 2021
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER