Samsung dalam acara Unpacked 2021 mereka telah mengumumkan dua jam tangan pintar baharu dalam siri Galaxy Watch iaitu:
- Galaxy Watch 4
- Galaxy Watch 4 Classic
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-classics-non-classics-1024x764.jpg?resize=1024%2C764&ssl=1)
Mereka bawakan pelabagai ciri-ciri menarik tapi saya paling tertarik dengan penggunaan cip Exynis W920 hasilan sendiri Samsung sedangkan kebanyakkan pengeluar lain terpaksa memanfaatkan platform Snapdragon Wear yang agak berusia.
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-classics-01-1024x682.jpg?resize=1024%2C682&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-non-classics-01-1024x682.jpg?resize=1024%2C682&ssl=1)
Daripada segi dalaman, kedua-dua jam ini asasnya miliki spesifikasi serupa antara satu sama lain. Selain berkongsi SoC, mereka turut berkongsi kapasiti RAM 1.5GB dan storan 16GB.
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-classics-bezel-1024x683.jpg?resize=1024%2C683&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-digital-bezel-1024x764.jpg?resize=1024%2C764&ssl=1)
Sejumlah sensor yang boleh anda temui adalah seperti:
- GPS
- Akselerometer
- Barometer
- Kompas
- Giro
- Pengimbas nadi
- ECG
- SpO2
Kesemuanya dikawal selia system operasi WearOS 3 yang menerima saduran OneUI sebagai skin. Ia adalah pertama seumpamanya dalam dunia jam tangan pintar.
Buat peminat jam tangan dengan rupa klasik, Watch 4 Classics tampil dengan bezel boleh putar yang turut berfungsi sebagai alat navigasi menu. Watch 4 juga ada fungsi yang sama, cumanya bezelnya adalah daripada jenis peka sentuhan.
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-classics-1024x764.jpg?resize=1024%2C764&ssl=1)
Dengan kihadiran speaker dan mikrofon, telafon ini turut boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon, lebih-lebih lagi pada model yang menyokong LTE melalui teknologi eSIM.
Di bahagian muka, kedua-dua mereka diberikan panel Super AMOLED 1.4” dengan resolusi 450p. Galaxy. Varian yang lebih besar diberikan bateri berkapasiti 361mAh manakala yang lebih kecil ada tangki bateri 247mAh.
![](https://i0.wp.com/cdn.bm.soyacincau.com/2021/08/210811-galaxy-watch-4-series-family-1024x764.jpg?resize=1024%2C764&ssl=1)
Harga siri Galaxy Watch 4
Galaxy Watch 4 hadir dalam saiz 44mm dan 40mm manakala Watch 4 Classic boleh didapati dalam saiz tali 46mm dan 42mm.
Galaxy Watch 4 diumumkan akan dijual pada harga bermula USD249 (RM1,013) manakala Galaxy Watch 4 Classic pada harga bermula USD349 (RM1,480).
Untuk perbandingan, Galaxy Watch3 Bluetooth (45mm) dijual pada harga RM1,299 manakala Galaxy Watch 3 Bluetooth (41mm) ada tanda harga RM1,199.