• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semua 7-Eleven kini terima pembayaran Alipay+, tarikan untuk pelancong Korea, Hong Kong, Thailand & FIlipina

  • OLEH Najib
  • 12:01 pm
  • 27/06/2023
  • Komen
Semua 7-Eleven kini terima pembayaran Alipay+, tarikan untuk pelancong Korea, Hong Kong, Thailand & FIlipina
Share on FacebookShare on Twitter

Semua cawangan 7-Eleven di Malaysia, kini menyokong sistem pembayaran Alipay+. Ini akan membolehkan pelancong luar negara yang menggunakan eWallet serasi Alipay+ seperti AlipayHK (Hong Kong), GCash (Philippines), Kakao Pay (South Korea) dan TrueMoney (Thailand) untuk membeli-belah di lebih 2,400 cawangan 7-Eleven di Malaysia. Di Malaysia, Alipay telah menjadi rakan dompet Alipay+ dan disokong peniaga dan pekedai sejak 2016.

Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan Dalam Kedai 7-Eleven Malaysia, Chan Chee Weng berkata, “7-Eleven Malaysia sangat teruja untuk meningkatkan pengalaman pengembara apabila pelancong kembali datang ke negara kita yang indah. Dengan meluaskan liputan Alipay+ ke semua kedai kami, kami menyediakan penyelesaian pembayaran digital yang lancar dan mudah untuk pelawat dari seluruh dunia. Sebagai kes penggunaan utama untuk pelancongan, kedai kami berfungsi sebagai destinasi sehenti untuk pengembara, menawarkan pelbagai jenis produk, makanan ringan dan barangan keperluan. Kami memahami kepentingan pengalaman dalam kedai yang lancar dan digital, dan melalui pengembangan ini, kami berhasrat untuk menjadikan setiap lawatan ke 7-Eleven Malaysia pengalaman yang menggembirakan dan tiada kerumitan untuk pelanggan tempatan dan pelancong antarabangsa.”



Sistem pembayaran ini dijayakan di Malaysia menerusi penyelesaian oleh Razer Merchant Services (RMS), yang menyediakan sistem penyelesaian perniagaan-ke-perniagaan oleh Razer Fintech yang mengintegrasikan Alipay+ kepada semua rangkaian 7-Eleven di Malaysia.

CEO Razer Fintech, Lee Li Meng berkata, “Razer Merchant Services berusaha untuk memudahkan transformasi digital perniagaan Malaysia melalui perkongsian kami dengan Alipay+. Kerjasama kami mengeratkan hubungan rapat dengan 7-Eleven dan memperkasakan 7-Eleven untuk memanfaatkan peluang luas ekonomi digital dengan menawarkan pembayaran yang mudah untuk penduduk tempatan dan pelancong, meningkatkan pengalaman keseluruhan dan memacu pertumbuhan.”



Dengan pengumuman oleh 7-Eleven ini, Alipay+ kini diintegrasikan kepada lebih 80,000 peniaga di Malaysia, termasuk di pelbagai destinasi pelancongan popular di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Antaranya jenama popular tempatan dan antarabangsa seperti Tealive, MyNEWS, Sephora, Watsons, Sports Direct dan kedai Bebas-Cukai.

Bayar guna Touch n Go eWallet melalui Alipay+ di luar negara

Untuk rakyat Malaysia yang mengembara ke luar negara, Touch ‘n Go eWallet adalah eWallet pertama Malaysia yang dibenarkan penggunaannya di China, menerusi rangkaian Alipay+. Selain China dan Asia Tenggara, Alipay+ turut digunakan secara meluas di Jepun, Korea Selatan, Singapura dan pelbagai destinasi di Eropah. Dimaklumkan baru-baru ini bahawa Touch n Go eWallet kini disokong dilebih 10 juta peniaga Alipay di China. Penghantaran antara pengguna masih tidak boleh digunakan kerana kod QR bukan peniaga masih tidak dibenarkan untuk eWallet asing akibat sekatan undang-undang.

Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penggunaan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Indonesia dan Singapura. Maybank pula menyatakan pembayaran kod QR mereka boleh digunakan di Indonesia, Singapura dan Thailand. BigPay pula telah menyediakan perkhidmatan pembayaran kod QR di Singapura dan Thailand.

Bacaan Berkaitan

  • Rakyat Malaysia boleh membayar dengan kod QR PayNow di Singapura menggunakan perbankan Malaysia
  • Fungsi DuitNow QR kini boleh digunakan di Indonesia
  • Pengguna Maybank kini boleh membayar guna kod QR di Indonesia, Singapura dan Thailand
  • BigPay kini sokong pembayaran QR di Singapura, Thailand & Malaysia
  • Touch ‘n Go eWallet kini diterima di China, pertama seumpamanya dari Malaysia
Tags: 7-ElevenAlipayalipay+
Najib

Najib

POPULAR

Semua 7-Eleven kini terima pembayaran Alipay+, tarikan untuk pelancong Korea, Hong Kong, Thailand & FIlipina

Semua 7-Eleven kini terima pembayaran Alipay+, tarikan untuk pelancong Korea, Hong Kong, Thailand & FIlipina

27 June 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN