• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sime Darby meluaskan capaian Pusat Jualan & Servis BYD di Johor dan Pulau Pinang

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 27/06/2023
  • Komen
BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
Share on FacebookShare on Twitter

Sime Darby Motors, pengedar kenderaan elektrik (EV) BYD Atto 3 telah meluaskan lagi capaian mereka kepada pembeli dan pelanggan apabila membuka dua lagi pusat jualan & servis BYD di Malaysia. Dua lokasi baru tersebut terletak di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pusat perkhidmatan baru ini menawarkan kemudahan perkhidmatan jualan dan selepas jualan bertaraf dunia kepada pelanggan di seluruh negara, terletak secara strategik di kawasan utara dan selatan. Ia dibina untuk menyediakan pengalaman lebih baik bagi pelanggan kerana terletak di dalam pusat beli-belah, di samping menyediakan bilik pameran terkini BYD di kawasan utara dan selatan.



cawangan Johor Bahru
cawangan Pulau Pinang

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors – Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, berkata, “Sambutan kepada BYD di pasaran Malaysia adalah amat positif, jelas menunjukkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di negara ini. Kami gembira untuk mengukuhkan momentum kami dengan peluasan ini untuk terus memenuhi permintaan EV yang semakin ketara dalam kalangan pengguna di seluruh Malaysia menerusi kenderaan inovatif BYD.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT. BYD Motor Indonesia, mengulas, “Pengembangan rangkaian BYD secara agresif di Malaysia membuktikan pertumbuhan positif bagi prospek EV di negara ini, memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mengiktiraf kehadiran jenama BYD dan manfaat EV. Ini sekali gus menunjukkan keyakinan dalam jenama BYD dan kerjasama kukuh dengan Sime Darby Motors dan kami berharap untuk terus memperkukuh pakatan ini.”



BYD Atto 3

Dengan ini, pelanggan BYD dari kawasan utara dan selatan kini boleh menikmati pelbagai kemudahan di Pusat Perkhidmatan BYD baharu ini. Ia mampu memberikan sokongan diagnostik bagi memenuhi keperluan penyenggaraan dan servis kenderaan. Bekalan alat ganji secukupnya dijamin menerusi pengurusan bersepadu pengedaran alat ganti BYD di seluruh negara, disokong oleh juruteknik terlatih untuk memastikan kepakaran dan penjagaan berkualiti demi ketenangan fikiran pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web BYD Malaysia atau lawati Pusat Jualan dan Pusat Perkhidmatan BYD Malaysia berhampiran:

BYD Ara Damansara (3S)
Alamat : Blok 1, Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Perniagaan : Isnin – Sabtu: 8:30 PG – 5:30 PG
Ahad & Cuti Awam: 10:00 PG – 5:00 PTG

BYD Kuala Lumpur @ TREC (1S)
Alamat: E-G-16, E-G-17, E-1-15 & E-1-16 Electric Boulevard, TREC, 438, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan : Isnin – Sabtu: 8:30 PG – 5:30 PTG
Ahad & Cuti Umum: 10:00 PG – 5:00 PTG

BYD Gurney Plaza Pulau Pinang (1S)
Alamat :170-G-40, Plaza Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Pulau Pinang
Waktu Perniagaan: Isnin – Ahad: 10:00 PG – 10:00 MLM

BYD Mid Valley Southkey Johor Bahru (1S)
Alamat: G-018A, Persiaran Southkey 1, Southkey, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan: Isnin – Ahad: 10:00 PG – 10:00 MLM

Pusat Servis BYD

Pusat Servis BYD Ara Damansara – Sime Darby Beyond Auto
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Talian janji temu servis: 03-7623 8838

Pusat Servis BYD Pulau Pinang – Sime Darby Beyond Auto
Alamat: 191A, Jalan Sungai Pinang, Sungai Pinang, 10510 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Talian janji temu servis: 04-2020 388

Pusat Servis BYD Johor Bahru (2S) – Sime Darby Beyond Auto
Alamat: No. 197-199, Jalan Skudai Kiri, Batu 4 ½, 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat 8:00 PG – 5:00 PTG
Sabtu: 8:00 PG – 12:30 TGH HARI
Ahad: Tutup
Talian janji temu servis: +60 19-300 5949

Bacaan Berkaitan

  • BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
  • BYD Atto 3 ada pemecut masa rahsia 0-100! Ini cara mengaktifkannya
  • Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000
  • Neta V kini EV termurah Malaysia pada tanda harga RM99,800. Apa yang perlu dikorbankan?
  • Renault Zoe, EV terbaru di bawah RM200,000 dengan pengecas AC terbaik dalam kelasnya
Tags: BYDBYD Atto 3EV Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan

Sime Darby meluaskan capaian Pusat Jualan & Servis BYD di Johor dan Pulau Pinang

27 June 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER