• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 4 Gen 2 diumum, bawa manfaat 4nm, LPDDR5 dan UFS3.1 untuk telefon bajet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:57 am
  • 28/06/2023
  • Komen
Snapdragon 4 Gen 2 diumum, bawa manfaat 4nm, LPDDR5 dan UFS3.1 untuk telefon bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah mengemas kini inventori cip pemproses mereka. Kali ini, mereka mengumumkan Snapdragon 4 Gen 2 yang bakal memeprkasa telefon kelas permulaan dan harga patut tak lama lagi.

Snapdragon 4 Gen 2 dibangunkan berlandaskan litografi 4nm daripada Samsung. Ia naik taraf berbanding TSMC 6nm pada Snapdragon 4 Gen 1 sebelum ini. Daripada segi CPU, ia masih mengekalkan konfigurasi 8 teras yang terbahagi kepada 2 kluster. Kluster pertama mengandungi 2 Cortex-A78 yang berkerja pada clockspeed 2.2Ghz manakala 6 Cortex-A55 dalam kluster kedua beroperasi pada 2.0Ghz.



Walau kelihatan naik taraf dilakukan pengeluarnya pada jabatan CPU, kemampuan pengimejan Snapdragon 4 Gen 2 nampaknya telah diturun taraf. Daripada sokongan 3 kamera sebelum ini, kini ia hanya mampu menampung sehingga 2 kamera yang bermakna, telefon masa depan yang mendukung cip ini mungkin hanya hadir dengan konfigurasi satu kamera depan dan satu kamera belakang.

Lagi yang diturun taraf adalah ketersambungan. Snapdragon 4 Gen 2 memiliki sambungan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1. Cip generasi sebelumnya dilengkapi dengan Bluetooth 5.2.



Kekurangan itu diubati dengan naik taraf di bahagian memori apabila iterasi kali ini menyokong LPDDR5 disamping LPDDR4X. Ia sesuatu yang sangat dialu-alukan kerana bukan sahaja LPDDR5 jimat tenaga, malah ia beroperasi pada kelajuan tinggi yang menyumbang kepada pengalaman guna yang lebih lancar. Bercakap tentang kelajuan, Snapdragon 4 Gen 2 juga kini menyokong UFS 3.1, piawaian storan yang lebih moden dan pantas.

Atas helaian spesifikasi, Snapdragon 4 Gen 2 membawakan naik taraf yang berguna dan memfokuskan pada pengalaman penggunaan yang lancar dan bukannya berusaha untuk mencapai yang terbaik. Harus diingatkan yang cip ini difokuskan pada peranti mampu milik dan harga patut.

Sumber: Qualcomm

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 4 gen 2snapdragon 4 gen 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 4 Gen 2 diumum, bawa manfaat 4nm, LPDDR5 dan UFS3.1 untuk telefon bajet

Snapdragon 4 Gen 2 diumum, bawa manfaat 4nm, LPDDR5 dan UFS3.1 untuk telefon bajet

28 June 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN