• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro

  • OLEH Najib
  • 4:08 pm
  • 30/06/2023
  • Komen
Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Garmin tidak asing lagi dalam dunia kecergasan kerana ia menghasilkan banyak peranti kecergasan berkualiti tinggi, terutama sekali jam pintar kecergasan. Antara modelnya yang popular adalah Garmin Forerunner dan Garmin Venu. Jika anda mahu sebuah jam yang menyediakan begitu banyak sensor dan maklumat kecergasan, model Garmin Fenix dan Garmin Epix pasti menjadi pilihan.

Tidak lama lagi, Garmin Malaysia akan melancarkan model terbaru jam kecergasan terbaik mereka, siri Garmin Fēnix 7 Pro dan siri Epix Pro. Sehubungan itu, Garmin mengajak orang ramai untuk melihat dan mencuba sendiri jam kecergasan terbaru ini, di jerayawara yang akan diadakan tidak lama lagi.



Garmin Fenix 7 Pro
Garmin Epix Pro

Jerayawara siri Garmin Fēnix 7 Pro dan siri Epix Pro akan diadakan minggu hadapan, dari 5 hingga 9 Julai 2023, di IOI City Mall, Putrajaya. Orang ramai boleh berkunjung ke sana dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, untuk melihat dengan lebih dekat model terbaru Garmin ini.

Secara ringkas, siri Garmin Fēnix 7 Pro dan siri Epix Pro membawakan ciri-ciri yang serupa. Apa yang membezakan antara keduanya adalah jenis skrin. Siri Fēnix 7 Pro dilengkapi paparan Memory-In-Pixel (MIP) yang cekap tenaga. Manakala siri Epix Pro dibekalkan paparan AMOLED yang lebih cerah.



Tahun lepas, Garmin melancarkan siri Epix dalam satu saiz sahaja. Di Epix Pro, ia ditawarkan dalam tiga saiz seperti di siri Fēnix. Malah, Garmin telah membawakan beberapa fungsi sebagai standard untuk semua model.

Antaranya paparan solar kini terdapat di semua varian Fēnix 7 Pro dan Epix Pro. Kesemua model ini juga hadir dengan storan dalaman 32GB, bagi menyimpan peta laluan dan muzik. Selain itu, Garmin turut menjadikan lampu limpah atau flashlight dilengkapi pada semua model, termasuk model paling kecil 42mm.

Terdapat tiga saiz terdapat untuk Fēnix 7 Pro dan Epix Pro iaitu 42mm, 47mm dan 51mm. Pengguna juga ada pilihan untuk mendapatkan versi standard dengan badan besi tahan karat, atau versi Sapphire yang lebih mahal kerana menggunakan badan titanium dan kaca nilam (Sapphire) yang lebih tahan lasak.

Harga untuk jam terbaru Garmin ini akan diumumkan pada majlis pelancarannya yang akan diadakan pada 6 Julai 2023. Untuk perbandingan, tahun lepas Fēnix 7 dilancar pada harga serendah RM3,270 manakala Epix dari RM4,670. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Fēnix 7 Pro dan Epix Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Fenix 7 dan Garmin Epix: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Garmin Instinct 2X Solar: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: garminGarmin Epix Progarmin fenix 7Garmin Fenix 7 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro

Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro

30 June 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER