• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:46 pm
  • 30/06/2023
  • Komen
Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank telah mengumumkan peralihan lengkap daripada SMS One Time Password (OTP) kepada pengesahan mereka yang lebih selamat iaitu Secure2u. Ini bermaksud kesemua perkhidmatan atas talian yang ditawarkan hanya boleh disah melalui aplikasi. Ini termasuk untuk perkhidmatan seperti pembayaran bil, DuitNow, FPX dan transaksi IBG.

Peralihan kepada penggunaan Secure 2u ini adalah selari dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi kes penipuan atas talian yang semakin meningkat di negara ini. Dengan ini, Maybank telah sepenuhnya memenuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan oleh BNM seperti tempoh bertengan apabila daftar atau tukar peranti Secure2u, sekat transaksi yang mencurigakan, membuang pautan dari SMS, adakan talian penipuan untuk pelanggan dan Kill Switch untuk sekat akses perbankan.



Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Khairussaleh Ramli berkata “Pelanggan kami adalah keutamaan kami dan kami mengambil serius keselamatan platform perbankan dalam talian kami. Kami telah melaksanakan beberapa inisiatif proaktif untuk membendung peningkatan penipuan dan melindungi akaun pelanggan kami, seperti membenarkan hanya satu akses Maybank2u setiap peranti pada Aplikasi MAE sejak dilancarkan pada Oktober 2020.”

Dengan Secure2u, pengguna Maybank boleh mengesahkan sebarang transaksi atas talian dengan mudah dan selamat. Pengguna juga bole kemas kini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat melalui Secure2u. Maybank mengatakan pengehadan Secure2u pada satu peranti untuk satu akaun bukan sahaja dapat mengurangkan kemungkinan untuk scammer melakukan transaksi tanpa kebenaran, tapi juga menggalakkan pengguna untuk amalkan keselamatan siber yang baik.



Sementara itu, penting untuk anda tahu bahawa semua pengesahan Secure2u akan beralih sepenuhnya ke aplikasi MAE bermula 1 Julai 2023. Jadi jika anda masih menggunakan Maybank2u, anda perlu memuat turun aplikasi MAE bagi membolehkan pengesahan transaksi dilakukan. Ini termasuk untuk transaksi yang dibuat di laman Web Maybank2u, aplikasi Maybank2u dan aplikasi MAE.

Di samping itu, Maybank juga ingin mengingatkan pengguna untuk sentiasa menjaga maklumat bank mereka dan tidak berkongsikan kata laluan walaupun dengan keluarga dan kawan. Pengguna juga diingatkan untuk tidak muat turun dan memasang faik APK, mengklik link mencurigakan yang diterima daripada mesej serta tidak root atau jailbreak peranti yang digunakan.

Maybank dalam masa yang sama menyatakan mereka akan sentiasa komited untuk membantu pelanggan yang tidak mempunyai akses kepada peranti dan sistem operasi dengan memperkenalkan kempen “More Secure, More Discounts”. Pengguna Maybank boleh menikmati pelan ansuran EzPay dengan kadar faedah 0% serta diskaun sehingga RM158 apabila membeli peranti OPPO terpilih, termasuk OPPO Reno8T 5G. Tawaran ini boleh didapati di mana-mana Kedai OPPO,Harvey Norman dan Senheng di seluruh negara sehingga 31 Julai 2023.

Tags: bnmMAEMaybankMaybank2u
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP

Maybank kuatkuasa penggunaan Secure2u di aplikasi MAE sahaja bermula 1 Julai, tiada lagi SMS OTP

30 June 2023
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN