• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon pintar siri Nova 11 akan dilancar bersama tablet, laptop dan jam pintar baru Huawei tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 12:57 pm
  • 30/06/2023
  • Komen
Telefon pintar siri Nova 11 akan dilancar bersama tablet, laptop dan jam pintar baru Huawei tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia akan mengadakan satu majlis pelancaran besar-besaran, pada hari Khamis, 6 Julai 2023. Acara tersebut akan mempersembahkan barisan produk baru ke Malaysia, seperti telefon pintar, tablet, jam pintar, serta laptop.

Senarai produk yang akan dilancar di majlis tersebut adalah seperti berikut:



  • Huawei Nova 11
  • Huawei Nova 11 Pro
  • Huawei Watch 4
  • Huawei Watch 4 Pro
  • Huawei MateBook D14 2023
  • Huawei MateBook 16s 2023
  • Huawei MatePad 11.5
  • Huawei MatePad Air

Bagi telefon pintar siri Huawei Nova 11, Huawei Malaysia dilihat menjanjikan akses mudah kepada aplikasi Google termasuk Gmail, Google Maps, YouTube dan banyak lagi, secara terus di dalam Huawei AppGallery. Adakah Huawei kini secara rasmi menyatakan peranti mereka boleh menggunakan Google dengan selamat sepenuhnya? Setakat ini, masih belum diumumkan lagi.

Jam pintar Huawei Watch 4 pula membawakan rupa premium untuk digandingkan bersama telefon pintar Huawei. Antaranya penggunaan bingkai titanium dan kaca nilam yang sangat tahan lasak. Pengguna juga diberi pilihan untuk mendapatkan tali jam buatan kulit.



Di samping itu, pengguna yang mencari peralatan kerja terkini boleh menantikan kedatangan laptop MateBook D14 2023 dan MateBook 16s, masing-masing dengan skrin berukuran 14-inci dan 16-inci. Laptop ini akan hadir dengan kuasa CPU Intel Core-i5 gen-12 untuk MateBook D14 2023, serta CPU Intel Core-i9 gen-13 di MateBook 16s.

Huawei juga membawakan dua tablet berkuasa tinggi, Huawei MatePad 11.5″ dan MatePad Air. Kedua-dua tablet ini serasi digunakan bersama Huawei M-Pencil gen-2 dan Huawei Smart Keyboard.

Spesifikasi penuh, harga rasmi dan promosi jualan awal akan diketahui lebih lanjut di hari pelancarannya. Nantikan laporan kami pada 6 Julai nanti.

Tags: HuaweiHuawei MateBook 16sHuawei matebook d14Huawei MatePad 11Huawei MatePad AirHuawei Nova 11Huawei Nova 11 ProHuawei Watch 4Huawei Watch 4 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Telefon pintar siri Nova 11 akan dilancar bersama tablet, laptop dan jam pintar baru Huawei tidak lama lagi

Telefon pintar siri Nova 11 akan dilancar bersama tablet, laptop dan jam pintar baru Huawei tidak lama lagi

30 June 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN