• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Zenfone 10 kekal kompak kendatipun banyak naik taraf

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:21 am
  • 02/07/2023
  • Komen
Asus Zenfone 10 kekal kompak kendatipun banyak naik taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah melancarkan sekual kepada Zenfone 9 mereka. Zenfone 10 hadir bagi mengekalkan reputasi cemerlang model generasi terdahulu sebagai telefon flagship kompak dengan membawakan naik taraf yang menarik tapi masih mengekalkan fizikaliti kecilnya.

Zenfone 10 mengguna pakai rekaan Zenfine 9 tanpa sebarang perubahan ketara. Anda dapat telefon dengan kemasan matte dan bersisi kekotak. Di bahagian muka, ia menerima panel sAMOLED sebesar 5.9” dengan resolusi FHD+. Berbanding kadar segar semula 120Hz pada generasi lepas, panel paparan Zenfone 10 boleh pergi sehingga 144Hz jika diperlukan.



Di bahagian sisi kanan telefon terdapatnya butang kuasa yang disekalikan dengan butang pengimbas cap jari. Asus memperkenalkan Zen Touch 2.0 yang kini lebih sarat fungsi. Butang kuasa yang peka sentuhan itu juga diguna pakai Asus untuk membolehkan pengguna Zenfone 10 memberikan input seperti menatal laman web atas dan kebawah tanpa perlu pengguna menyentuh bahagian paparan. Perkara ini sangat berguna terutamanya pada skrin telefon ini yang terhad keluasannya.

DI bahagian kamera, Asus masih mengekalkan konfigurasi dwikamera belakang seperti sebelumnya, Kamera utama telefon ini mengguna pakai sensor IMX766 50MP beserta penstabil imej optikal (OIS). Bersama-sama kamera utama itu adalah sebuah kamera ultralebar 13MP. Kamera depan menerima naik taraf sensor kepada 32MP dariapda 12MP sebelum ini. Makanya, jangkakan kualiti selfie lebih mantap pada itersi kali ini.



Atas papan utama, Asus Zenfone 10 ditunjangi SoC Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaharu. SoC itu bergandingan bersama RAM 16GB LPDDR5x dan storan sehingga 512GB UFS 4.0. Membekalkan tenaga kepada segala komponen elektronik ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,300mAh dengan pengecasan 30W. Pembaharuan yang dibawakan kali ini adalah fungsi pengecasan wayarles 15W yang tiada pada generasi terdahulu.

Lain-lain ciri menarik yang perlu anda cakna adalah seperti kehadiran jek audio 3.5mm di sebelah atas badannya dan dalam masa yang sama, ia kalis air pada tahap IP68.

Zenfone 10 dijual dalam pasaran Eropah pada harga EUR799 (RM4,072) untuk varian 8/128 manakala EUR929 (RM4,735) untuk varian 16/256 harga untuk varian 16/512 masih belum diumumkan. Malangnya, tiada berita sama ada telefon ini akan tiba ke dalam pasaran Malaysia ataupun tidak. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidasusasus zenfone 10mobilezenfone 10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus Zenfone 10 kekal kompak kendatipun banyak naik taraf

Asus Zenfone 10 kekal kompak kendatipun banyak naik taraf

2 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER