• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PDRM terima banyak laporan penipuan kredit eBelia Rahmah, terpedaya iklan TikTok dan Facebook

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:28 pm
  • 03/07/2023
  • Komen
eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200
Share on FacebookShare on Twitter

eBelia Rahmah bernilai RM200 yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini hanya boleh digunakan untuk pembayaran QR melalui tiga e-wallet yang terpilih iaitu Touch n ‘Go eWallet, Boost dan Setel. Walaupun kredit eBelia Rahmah menyokong cara pembayaran QR DuitNow, tapi dilihat ramai yang masih cuba untuk keluarkannya untuk masukkan ke dalam akaun bank.

Langkah itu membawa padah setelah didapati segelintir pelajar mengalami kerugian apabila ditipu sindiket perkhidmatan mengeluarkan kredit eBelia Rahmah. Polis Diraja Malaysia dilaporkan menerima sebanyak 14 laporan berkenaan sindiket tersebut, yang menjumlahkan kerugian bernilai RM2,800.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan mangsa ditipu melalui iklan perkhidmatan pengeluaran wang tunai yang terdapat di platform TikTok dan Facebook Messenger. Suspek menawarkan perkhidmatan untuk bantu mangsa memindahkan kredit eBelia daripada e-wallet ke dalam akaun bank mangsa. Mangsa diminta untuk mengimbas kod QR yang diberi suspek, kemudian suspek menghilangkan diri setelah menerima kredit RM200.

Oleh itu, mangsa mengalami kerugian RM200 dan kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Di Twitter, terdapat banyak akaun yang menawarkan khidmat yang sama dengan mengenakan fi sehingga RM15 untuk mengeluarkan tunai ke akaun bank. Kebanyakan mereka yang menawarkan khidmat ini berkemungkinan menggunakan akaun bisnes mereka untuk menerima kredit tersebut.

https://twitter.com/twinkl3twinkle/status/1673177907320201216

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan kenyataan menasihati penerima eBelia Rahmah supaya berhati-hati dengan tawaran untuk menukarkan kredit e-wallet kepada tunai. Ini adalah kerana kredit tersebut boleh digunakan di lebih 1.7 juta perniagaan yang menerima pembayaran melalui ketiga-tiga penyedia e-wallet dan QR DuitNow yang diterima di kebanyakan peniaga di seluruh Malaysia.

Adakah anda tahu lebih 1.7 juta perniagaan terima bayaran e-dompet Boost, Setel & Touch ‘n Go eWallet? Malah, anda juga boleh buat bayaran secara QR DuitNow melalui ketiga-tiga e-dompet tersebut.

— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) June 28, 2023

Di samping itu, terma dan syarat program juga jelas menyatakan bahawa kredit RM200 ini tidak boleh digunakan untuk dipindah ke akaun lain serta tidak boleh ditukarkan kepada tunai. Jadi tindakan boleh dikenakan kepada siapa yang didapati melanggarnya.

Tapi sebenarnya ada banyak lagi perkara yang tidak boleh digunakan dengan eBelia Rahmah ini. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh tonton video TikTok kami di bawah.

@soyacincautiktok

Apa yang anda tak boleh beli dengan eBelia Rahmah #soyacincautiktok #NewsatTikTok #longervideos #ebeliarahmah #ebelia2023 #ebelia

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

eBelia Rahmah adalah insiatif kerajaan untuk memupuk budaya pembayaran tunai dalam kalangan belia. Dana sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Tapi untuk anda yang layak, perlu ingat bahawa penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dilakukan sehingga 22 Ogos, manakala kredit boleh digunakan sehingga 31 Ogos sahaja.

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: BoosteBeliaRahmahsetelTouch n Go eWallet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

eBeliaRahmah: MOF jawab kenapa GrabPay, ShopeePay dan BigPay tidak dipilih untuk pemberian eWallet RM200

PDRM terima banyak laporan penipuan kredit eBelia Rahmah, terpedaya iklan TikTok dan Facebook

3 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER