• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Phantom V Flip dinampakkan atas talian, bateri dan pengecas lebih baik daripada Galaxy Z Flip 4

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:22 pm
  • 03/07/2023
  • Komen
Tecno Phantom V Flip dinampakkan atas talian, bateri dan pengecas lebih baik daripada Galaxy Z Flip 4
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno pada bulan Mei lalu telah memasuki arena telefon lipat dengan melancarkan Phantom V Fold untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon lipat termurah yang boleh dibeli. Tidak lama lagi, Tecno mungkin akan hadir dengan telefon lipat terbaru jenis flip pula, setelah beberapa maklumatnya dinampakkan atas talian.

Telefon lipat jenis flip Tecno tersebut berkemungkinan akan dinamakan sebagai Phantom V Flip atau Phantom V Yoga. Meyakinkan ia akan dilancar tidak lama lagi, peranti tersebut telah muncul di dalam laman web pengesahan FCC (Federal Communications Commision) di Amerika Syarikat yang mendedahkan beberapa maklumat penting berkaitannya.



Antaranya, Phantom V Flip diberikan nombor model AD11 dan akan menampilkan sistem dwi bateri yang terdiri daripada bateri 1165mAh dan 2735mAh, menjumlahkan kapasiti bateri pada 3,900mAh. Sebagai perbandingan, Galaxy Z Flip 4 mempunyai bateri bersaiz 3,700mAh. Tapi bateri yang lebih besar tidak semestinya akan menjadikan jangka hayat lebih panjang. Jadi, menarik untuk melihat bagaimana prestasi baterinya akan bersaing dengan telefon flip lain dalam pasaran.

Lebih menarik, laman web tersebut turut mendedahkan telefon flip Tecno ini akan menyokong pengecasan pantas sehingga 45W kerana tersenarai bersama kepala pengecas U450TSA iaitu pengecas yang sama seperti di Tecno Pova 5. Walau bagapmanapun, tidak dinyatakan sama ada ia akan menyokong pengecasan wayarles atau tidak. Tapi memandangkan Phantom V Fold tidak menyokongnya, mungkin perkara yang sama juga akan terjadi pada Phantom V Flip.



Selain itu, Phantom V Flip ini akan menyokong rangkaian 5G membayangkan bahawa ia akan menggunakan cip yang terkini. Maklumat lainnya masih terhad buat masa sekarang, tapi khabar angin mengatakan ia tidak akan menggunakan perkakas bertaraf flagship. Ini mungkin disebabkan kerana Tecno ingin mengekalkan harga telefon mereka untuk lebih rendah berbanding telefon lipat lain dalam pasaran.

Spesifikasi Tecno Phantom V Flip

Berdasarkan apa yang diperkata atas talian, Tecno Phantom V Flip dikuasakan MediaTek Dimensity 8050 bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Bahagian paparannya dikatakan akan menggunakan skrin beresolusi HD Penuh dan dijangka didatangkan dengan sistem operasi Tecno HiOS 13 berasaskan Android 13.

Di segmen pengimejan, telefon flip Tecno dimuatkan kamera 32MP untuk bahgian hadapan, manakala di belakang akan menggunakan tetapan dua kamera dengan kamera utama 64MP.

[Sumber: GizmoChina]

Tags: mobiletecnoTecno Phantom V Flip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno Phantom V Flip dinampakkan atas talian, bateri dan pengecas lebih baik daripada Galaxy Z Flip 4

Tecno Phantom V Flip dinampakkan atas talian, bateri dan pengecas lebih baik daripada Galaxy Z Flip 4

3 July 2023
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN