• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 04/07/2023
  • Komen
Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah memaklumkan akan melancarkan satu telefon pintar baru minggu ini. Dalam muat naik bergambar tersebut, peranti tersebut tergolong dalam keluarga Redmi dan akan dilancar pada 7 Julai 2023. Pastinya ini diadakan serentak dengan jualan hari berganda 7.7 yang jatuh pada hari Jumaat ini.

Walaubagaimanapun, Xiaomi langsung tidak berkongsi sebarang maklumat tentang peranti tersebut, selain menyatakan ia adalah ahli baru siri Redmi. Bermakna, ia adalah telefon kelas permulaan atau kelas pertengahan. Tetapi ada satu petunjuk di dalam gambar tersebut yang boleh merungkaikan persoalan ini.



Semakan di Xiaomi Thailand menunjukkan ada persamaan terhadap satu model yang baru dilancar di sana iaitu Redmi 12. Ini kerana gambar utama laman produk Redmi 12 menunjukkan bulatan berwarna oren yang serupa dengan gambar yang dikongsi Xiaomi Malaysia. Apatah lagi, ia adalah peranti kelas permulaan yang sekian lama tidak dilancar di Malaysia.

Model terakhir yang dilancar sebelum ini adalah Redmi 10, hampir 2 tahun lepas pada Ogos 2021. Tetapi pelancarannya sedikit mengecewakan kerana harganya melebihi RM600 dan ia untuk menjarakkan diri dengan peranti yang lebih murah iaitu Redmi 10C. Selepas itu, tiada siri Redmi 11 muncul di Malaysia.



Jika Redmi 12 akan dilancar di Malaysia dan serupa dengan Thailand, bermakna ia akan dikuasakan cip MediaTek Helio G88 6nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan eMMC 5.1 seluas 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB dan ia berupaya meluaskan RAM secara maya sehingga 8GB lagi.

Skrinnya jeniS LCD berukuran 6.79-inci, berlubang kecil di dahi dan ada resolusi HD Penuh bersama kadar penyegaran adaptif sehingga 90Hz. Belakangnya diperbuat daripada kaca, memberi rupa premium walaupun ia adalah peranti kelas permulaan.

Kamera hadapan 8MP F2.1 ditempatkan di dalam lubang kecil di dahi skrin. Kamera di belakang pula ada tiga, gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4. Kamera hadapan dan belakang ini mampu merakam video sehingga HD Penuh 30fps.

Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W menerusi USB-C. Bagaimanapun, pengecas yang diberi di dalam kotak mungkin hanya 10W, sama seperti yang terdapat di Redmi 12C. Bermakna, untuk mengecas lebih pantas perlu membeli pengecas 18W berasingan.

Sistem bunyi hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari pula ada di dalam butang kuasa di sisi. Xiaomi juga menyatakan bahawa Redmi 12 adalah peranti kalis percikan air IP53.

Sistem operasi yang digunakan adalah MIUI 14 berasaskan Android 13. Terdapat tiga warna disediakan untuk pasaran Thailand iaitu perak, biru dan hitam.

Harga lebih mahal daripada Redmi Note 12?

Di Thailand, hanya satu varian dijual iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Ia berharga THB 5,999 (~RM798) tetapi ada dijual lebih murah pada 7.7 kelak iaitu THB 5,299 (~RM705) sahaja. Mungkin kita akan nampak harga yang agak serupa di Malaysia juga nanti.

Tetapi pada harga sebegini, anda boleh juga mendapatkan Redmi Note 12 di Malaysia. Ia berharga RM699 dengan spesifikasi lebih baik iaitu cip Snapdragon 685, skrin AMOLED 120Hz, tiga kamera belakang dan pengecas pantas 33W. Apa yang boleh dibuat Xiaomi Malaysia nanti adalah meletakkan harga Redmi 12 di bawah RM600, barulah ia nampak berbaloi.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi Note 12 Malaysia: Snapdragon 685 dan segala manfaat lain dalam pakej dari RM659
  • Redmi 10C kembali sebagai peranti murah Xiaomi di bawah RM600
  • Xiaomi lancar Redmi 10 dengan skrin 90Hz, harga tidak semurah dahulu
  • Redmi 10 5G tiba, harga agak mahal tetapi hanya RM1 di Maxis, Redmi Note 11S 5G pilihan lebih bagus
Tags: xiaomiXiaomi Redmi 12
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?

Redmi 12 akan dilancar di Malaysia minggu ini?

4 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER