• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes

  • OLEH Najib
  • 6:59 pm
  • 04/07/2023
  • Komen
Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran Nothing Phone (2) telah ditetapkan pada hari Selasa, 11 Julai 2023 pukul 11 malam waktu Malaysia. Hari ini, Nothing telah menunjukkan rupa sebenar telefon yang bakal mereka lancarkan.

Lebih menarik lagi, rupa sebenar Nothing Phone (2) saling tak tumpah dengan gambaran yang dikongsikan oleh @OnLeaks. Walaupun perkara itu seperti ditolak secara halus oleh pengasas Nothing, Carl Pei.



kiri Phone (1) dan kanan Phone (2). sumber

Secara ringkas, rekaan belakang Phone (2) sangat serupa dengan Phone (1). Terutama sekali susunan LED Glyph yang menjadi keunikan telefon Nothing. Apa yang berubah adalah LED Glyph ini tidak lagi bersambung sepenuhnya.

Pada ruang kamera, LED tersebut tidak lagi berbentuk “C”. Sama juga dengan di bahagian tengah, rupa besar seperti “C” telah dipecahkan menjadi 6 bahagian. Sebelum ini juga, Nothing telah berkongsi bahasa belakang telefon menggunakan kaca melengkung di empat sisi.



sumber

Untuk melihat bahagian depan pula, boleh disaksikan menerusi video oleh MKBHD. Ia masih tidak berubah dengan lubang kecil di atas untuk kamera hadapan. Bingkai juga dilihat masih agak tebal, tetapi sekata di setiap sisi.

Pelancaran Malaysia pada 14 Julai

Kami telah dimaklumkan bahawa Nothing Phone (2) akan dilancarkan di Malaysia tidak lama kemudian iaitu pada hari Jumaat, 14 Julai 2023. Pasti kita akan mendapat maklumat penting seperti harga rasmi dan promosi penjualan awal pada hari tersebut.

Tetapi Nothing Malaysia turut memberitahu bahawa pelancaran ini akan diadakan secara eksklusif bersama Yes. Mungkin ia bermakna bahawa pengguna Yes akan menikmati diskaun lebih banyak, atau hanya Yes menyediakan subsidi untuk pembelian Nothing Phone (2).

Untuk permulaan, kita nantikan pelancaran antarabangsa pada 11 Julai. Kemudian, tunggu pula pelancaran di Malaysia pada 14 Julai.

Setakat ini, Nothing hanya menyatakan bahawa ia akan menggunakan cip berkuasa tinggi, Snapdragon 8+ Gen 1 di dalam Phone (2). Pastinya ia akan mengekalkan beberapa ciri seperti pengecasan pantas 33W, pengecasan wayarles, speaker stereo, skrin AMOLED dan banyak lagi fungsi flagship lain.

Memandangkan sotong kurita dipilih sebagai simbol untuk Phone (2), adakah fungsi kalis air akan diberikan kali ini? Tahun lepas, Nothing Phone (1) dilancar pada harga RM2,399 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Dengan cip flagship, adakah harganya akan mencecah RM3,000 atau lebih? Nantikan laporan kami di hari pelancaran.

[Sumber: Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik
  • Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?
  • Adakah anda perlukan kabel USB-C yang lutsinar seperti Nothing ini?
  • Nothing Phone (2) sah akan tiba lebih premium tahun ini
Tags: Nothingnothing phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes

Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes

4 July 2023
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN