• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?

  • OLEH Najib
  • 11:10 pm
  • 13/06/2023
  • Komen
Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berteka-teki dengan beberapa emoji serangga dan haiwan, Nothing hari ini mengumumkan akan melancarkan telefon pintar kedua mereka tidak lama lagi. Agak pelik apabila ia dikaitkan dengan sotong kurita.

Acara pelancaran Nothing Phone (2) akan diadakan pada hari Selasa, 11 Julai 2023 jam 4 petang waktu BST, bersamaan 12 tengah malam pada 12 Julai waktu Malaysia. Sudah pasti, ia akan bersiaran langsung di pelbagai saluran atas talian, termasuk laman web nothing.tech.



Bersama pengumuman tersebut, Nothing berkongsi sebuah video ringkas yang menunjukkan lampu LED Glyph di belakang telefon, tetapi sedikit berbeza dari susunan di belakang Phone (1). Ini mungkin petunjuk pertama pembaharuan di Phone (2).

Nothing selama ini sering mengaitkan produk mereka dengan serangga dan haiwan. Ear (1) adalah ladybug dan Phone (2) burung kakak tua. Ear Stick pula rama-rama dan Ear (2) adalah kumbang. Nampaknya sotong kurita akan menjadi model bagi Phone (2).



sumber

Setakat ini, Nothing hanya mengesahkan akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bukannya Gen 2 yang lebih baru. Malah, telah tersebar juga gambar terbocor yang dikatakan Phone (2) tetapi ditolak secara halus oleh pengasas Nothing, Carl Pei.

Gambar terbocor dikatakan Nothing Phone (2)

Nothing juga cuba meyakinkan orang ramai untuk Phone (2), dengan menyatakan lebih 400 orang terlibat dalam penciptaan Phone (2) dan hampir 100 orang fokus pada pembangunan perisian. Phone (2) juga telah diuji dengan ratusan sampel dalam puluhan ribu situasi, mencecah 800 jam kajian.

Seperti biasa, Carl Pei berjaya membuatkan orang ramai sentiasa memperkatakan produk yang bakal dilancar mereka. Penuh dengan ‘hype’. Adakah Phone (2) dapat memenuhi jangkaan tinggi orang ramai? Nantikan laporan kami pada hari pelancaran Nothing Phone (2) kelak.

[Sumber: Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2) sah bakal guna cip Snapdragon 8+ Gen 1, dengan harga kekal mampu milik
  • Nothing Phone (2) sah akan tiba lebih premium tahun ini
  • Nothing Phone 2 kantoi guna cip Snapdragon lama?
Tags: Nothingnothing phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?

Telefon Nothing Phone (2) bakal muncul bulan hadapan bersama sotong kurita?

13 June 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN