• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia I V mula dijual di Malaysia dengan hadiah WH-1000XM5 sepanjang Julai 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:09 am
  • 04/07/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mula menjual flagship 2023 mereka iaitu Xperia 1 V dalam pasaran Malaysia. Iterasi kali ini membawakan pembaharuan pada cip pemproses dan sensor kamera.

Harga Sony Xperia 1 V

Seperti yang dikongsikan dulu, Sony Xperia 1 V dijual pada harga RM6,399. Dalam tempoh terhad sehingga 31 Julai 2023 ini, setiap pembelian telefon ini akan disertakan sekali dengan fon kepala WH-1000XM5 (bernilai RM1,799) bersama-sama dengan casing telefon dan pelindung skrin.



Adakah RM6,399 satu harga yang berbaloi? Walaupun Xperia 1 V adalah sebuah telefon yang unik terutamanya pada skrin 4K dan kamera berteknologi Sony Alpha, berikut adalah beberapa alternatif yang boleh anda pertimbangkan.

Misalnya, iPhone 14 Pro Max 256GB boleh didapatkan pada harga RM6,299 yang seperti anda sedia maklum, memiliki sokongna perisian yang jauh lebih baik daripada telefon Android. Kemudian, anda juga boleh dapatkan Samsung Galaxy S23 Ultra (12+512) juga pada harga lebih rendah daripada harga Xperia 1 V.



Spesifikasi Sony Xperia 1 V

Sony mengekalkan reka bentuk seperti generasi sebelumnya. Juga yang dikekalkan adalah panel paparan 4K HDR OLED seluas 6.5” dengan kadar segar semula 120Hz. Panel paparan tersebut dilindungi kaca Corning Gorilla GLass Victus. Atas papan utama, Sony Xperia 1 V diperkasa Snapdragon 8 Gen 2 yang bergandingan bersama RAM 12GB dan storan 256GB.

Di bahagian pengimejan, Xperia 1 V dilengkapi sensor Exmor T yang baharu. Sensor utama kamera belakangnya adalah sebesar 1/1.35” dengan resolusi 52MP. Sensor ini membawakan teknologi terbaharu Sony iaitu Piksel Transister Dwilapis yang benarkan lebih cahaya dicerap sambil mengurangkan hingar dalam hasil gambar.

Dua lagi kamera yang boleh diguna pakai adalah kamere telefoto 12MP (F2.3-F2.8) dengan jarak fokal antara 85mm hingga 125mm (setara kamera 35mm). Kamera terakhir adalah untuk gambar ultralebar yang dilengkapi sensor 12MP.

Selain konfigurasi kamera yang mengagumkan, ia juga ada beberapa ciri menarik yang jarang-jarang ada pada flagship. Antaranya adalah seperti jek audio 3.5mm dan tiada peralatan tambahan diperlukan untuk mengeluarkan kad SIM daripada berkas. Slot mikro-SD juga ada untuk boleh pengguna memasukkan storan tambahan sehingga 1TB dalam pada masa yang sama ia juga kalis air pada paras IP68.

Memberi tenaga pada segala komponen elektronik telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sistem pengecasan USB-PD dan pengecasan wayarles berpiawaian Qi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi produk.

Tags: androidmobileSonysony xperiasony xperia 1 vtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Sony Xperia I V mula dijual di Malaysia dengan hadiah WH-1000XM5 sepanjang Julai 2023

4 July 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER