• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:53 pm
  • 06/07/2023
  • Komen
Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengumumkan kemasukkan telefon kelas pertengahan baharu untuk peminat jenama ini dalam pasaran Malaysia. Siri Huawei Nova 11 terdiri daripada dua ahli yang berbeza daripada segi spesifikasi. Dua ahli tersebut adalah:

  • Huawei Nova 11
  • Huawei Nova 11 Pro

Harga Huawei Nova 11 di Malaysia

Jika ada yang berminat untuk dapatkannya, tiada tempahan awal yang dibuka dan Huawei Nova 11 bakal tersedia dijual di pasaran Malaysia bermula 27 Julai 2023 di . Huawei menawarkan hanya satu varian untuk Nova 11 dan harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Huawei Nova 11 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,199

Huawei Nova 11 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam. Dengan setiap pembelian, ada hadiah percuma yang bakal menanti pembeli iaitu sebuah Huawei Band 7 bernilai RM219. Tetapi hadiah percuma terhad sementara stok masih ada.

Anda boleh baca tentang Huawei Nova 11 Pro di sini.



Spesifikasi Huawei Nova 11

Huawei Nova 11 memiliki spesifikasi lebih rendah berbanding Nova 11 Pro. Ada beberapa komponen yang kurang tetapi spesifikasi asasnya masih setaraf.

Telefon ini dilengkapi panel paparan OLED sebesar 6.7”. Panel tersebut memiliki resolusi pada paras 2412 x 1084 (FHD+) dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Panel paparan ini tidak dilindungi kaca Kunlun seperti saudaranya yang lebih mahal.

Atas papan utama, ia masih diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 778G 4G bersama-sama RAM berkapasiti 8GB dan storan berkeluasan 256GB. Telefon ini, storannya tidak boleh diperluaskan. Sejurus keluar kotak, telefon ini akan menjalankan sistem operasi EMUI 13.

Beralih ke jabatan pengimejan, Huawei Nova 11 memperagakan sistem dwikamera belakang 50MO Ultra Vision F1.9 dan kamera ultralebar 8MP F2.2. Spesifikasi kamera belakang adalah sama seperti variasi Pro. Namun perbezaannya terletak di bahagian depan. Telefon ini tidak mewarisi kamera sekunder 8MP tapi masih tetap mewarisi kamera 60MP untuk mengambil selfie.

Kapasiti bateir juga sama dengan variasi Pro pada kapasiti 4,500mAh. Yang membezakan mereka adalah Nova 11 menyokong sistem pengecasan 66W yang mengisi penuh daripada sifar dalam masa 31 minit.

Buat para gamers, Nova Game Engine tetap hadir untuk mengurangkan latensi sentuhan sebanyak 5% dalam pada masa yang sama memanjangkan hayat bateri sehingga 10%.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidHuaweiHuawei Nova 11Huawei Nova 11 Promobiletelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama

Huawei Nova 11: Kamera swafotonya lagi berkuasa berbanding kamera utama

6 July 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER