• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:06 pm
  • 06/07/2023
  • Komen
Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengumumkan kemasukkan telefon kelas pertengahan baharu untuk peminat jenama ini dalam pasaran Malaysia. Siri Huawei Nova 11 terdiri daripada dua ahli yang berbeza daripada segi spesifikasi. Dua ahli tersebut adalah:

  • Huawei Nova 11
  • Huawei Nova 11 Pro

Harga Huawei Nova 11 Pro di Malaysia

Jika ada yang berminat untuk dapatkannya, tiada tempahan awal yang dibuka dan Huawei Nova 11 Pro bakal tersedia dijual di pasaran Malaysia bermula 27 Julai 2023. Huawei menawarkan hanya satu varian untuk Nova 11 dan harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Huawei Nova 11 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,599

Huawei Nova 11 Pro boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam. Dengan setiap pembelian, ada hadiah percuma yang bakal menanti pembeli iaitu sebuah Huawei Band 7 bernilai RM219. Tetapi hadiah percuma terhad sementara stok masih ada.

Anda boleh baca tentang Huawei Nova 11 di sini.



Spesifikasi Huawei Nova 11 Pro

Daripada segi rekaan, Huawei katanya membawakan proses debossing penghasilan berasaskan kulit sintetik pertama dunia bertujuan untuk berikan rasa premium ke atas telefon kelas pertengahan ini.

Huawei Nova 11 Pro menampilkan panel apapran OLED sebesar 6.78”. Resolusi yang digalasnya adalah FHD+ (2652 x 1200) pada kadar segar semula setinggi 120Hz. Panel tersebut dilindungi kaca Kunlun Glass yang katanya tahan 10x daripada pesaingnya.

Atas papan utama, Nova 11 Pro diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 778G 4G bersama-sama RAM 8GB dan storan 256GB. Tiada sebarang slot mikro-SD disediakan untuk anda perluaskan storan sekiranya mahu.

Konfigurasi kamera Nova 11 Pro agak unik. Ia dwikamera depan dan dwikamera belakang. Bermula daripada belakang, telefon ini ada kamera 50MP UltraVision yang digandingkan bersama kamera ultralebar 8MP. bahagian yang unik adalah di depan.

Pada skrin berlubang dipenjuru sebelah kiri terletaknya kamera 60MP. Ini mungkin antara yang tertinggi untuk kamera selfie telefon pintar setakat ini. Bukan setakat itu, ada satu lagi kamera selfie yang jarak fokal dua kali lebih panjang daripada kamera selfie utama tadi. Kamera sekunder ini mengambil gambar menerusi sensor 8MP.

Buat para gamers, Huawei memasukkan fungsi Nova Game Engine yang dimaklumkan boleh menurunkan sela masa sentuhan sehingga 5% dan memanjangkan hayat bateri pada paras 10%. Telefin ini juga memiliki teknologi penyejukan berasaskan cecair dan grafin.

Huawei Nova 11 Pro dilengkapi sistem bateri berkapasiti 4,500mAh. Menariknya bateri telefon ini adlaah ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge Turbo 2.0 100W. Ia dikatakan boleh diisi penuh sepantas 20 minit sahaja ataupun 0 hingga 50% dalam masa 15 minit sekiranya skrin tidak dipadamkan sewaktu mengecas.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidHuaweiHuawei Nova 11Huawei Nova 11 Promobiletelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W

Huawei Nova 11 Pro: Kamera swafoto 60MP dan sokong pengecasan pantas 100W

6 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER