• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:51 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo memperkenalkan satu model telefon baharu dalam siri Oppo A mereka. Kali ini adalah Oppo A78 5G dan ia adalah sekuel kepada A77 5G yang mereka umumkan dalam bulan Jun tahun sudah. Daripada segi spesifikasi, tak banyak perubahan pun boleh anda cerap antara kedua-dua mereka, malahan ia mungkin turun taraf.

Harga Oppo A78 5G di Malaysia

Oppo A78 5G dijual pada harga RM999 di Malaysia. Ia lebih murah berbanding harga pelancaran A77 5G RM1,199 dulu. Walau bagaimanapun, A77 5G sering menerima potongan harga yang jadikan sebahagian besar waktu ia dijual pada harga RM999.



Promosi yang sedang berjalan adalah pembelian Oppo A78 5G di Shopee sehingga 31 Julai 2023 akan menerima TWS percuma bernilai RM109.

Spesifikasi Oppo A78 5G

Oppo A78 5G menampilkan panel paparan LCD beresolusi HD+ (1612 x 720). Walau resolusinya rendah, kadar segar semulanya agak tinggi pada 90Hz dan berkecarahan maksimum 600 nits.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip Mediatek Dimensity 700. Sebagai perbandingan, Oppo A77 5G tahun lepas diperkasa Dimensity 810 yang lebih berkuasa. Berbalik kepada A78 5G, SoC tersebut bergandingan bersama RAM 8GB LPDDR4x dan storan sebesar 128GB UFS 2.2. Bahagian RAM adalah sesuatu yang boleh dipuji kerana iterasi terdahulu tiada penawaran 8GB sebaliknya cua ada 4GB dan 6GB.

Di jabatan pengimejan, anda boleh gunakan kamera belakang 50MP F1.8 untuk mengambil gambar. Kamera utama itu dibantu oleh kamera sekunder yang akan menentukan kedalaman medan. Kamera depan dilengkapi sensor 8MP.

Oppo A78 GB mengambil tenaga daripada sistem bateri 5,000mAh. Ia dicas menggunakan blok pengecas SuperVOOC 33W yang disediakan di dalam kotak.

Antara perkara menarik tentang telefon ini yang perlu anda tahu adalah ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm untuk anda kenakan bersama earfon kegemaran dan sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi ColorIS 13.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Oppo A98 tampil dengan pengecas 67W, kamera mikroskop 40x dan skrin LCD 120Hz

Tags: androidmobileoppooppo a78 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf

Oppo A78 5G: RM999 anda dapat 5G dan RAM 8GB, tapi SoC diturun taraf

7 July 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN