• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM umum Amar Huzaimi dan Dato Zainal, sebagai Pengarah Urusan/CEO dan Presiden baru

  • OLEH Najib
  • 7:29 pm
  • 07/07/2023
  • Komen
TM umum Amar Huzaimi dan Dato Zainal, sebagai Pengarah Urusan/CEO dan Presiden baru
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan perubahan dalam kepimpinan eksekutif berkuatkuasa 1 Ogos 2023. Perubahan ini melibatkan kedudukan Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), serta Pengerusi Kumpulan TM.

Bagi tempat Pengerusi TM, Tan Sri Azlan yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai 2023 akan digantikan oleh Dato’ Zainal Abidin Putih, yang membawa pengalaman luas dan rekod pencapaian cemerlang dalam sektor korporat di Malaysia.



Dato’ Zainal Abidin Putih kini memegang jawatan Pengerusi Yayasan Laporan Kewangan (FRF), Land and General Berhad, Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Tokio Marine Insurans (Malaysia) Bhd, serta Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan beberapa syarikat sendirian berhad . Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, CIMB Bank Berhad, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Presiden Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Sebagai Pengerusi, Dato’ Zainal Abidin akan bertanggungjawab mengawasi keseluruhan tadbir urus dan hala tuju strategik TM. Beliau akan bekerja rapat dengan Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan bagi memacu fasa pertumbuhan seterusnya untuk TM dan mengukuhkan kedudukan pasarannya.



Selain itu, jawatan Pengarah Urusan / CEO Kumpulan TM yang baharu akan dipegang oleh Amar Huzaimi Md Deris, yang dilantik menggantikan tempat Datuk Imri Mokhtar, yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan 3 tahun beliau pada 31 Julai 2023.

Amar, yang kini memimpin perniagaan pukal domestik dan global TM, adalah satu lagi contoh bakat dalaman TM, selepas Datuk Imri. Memulakan kerjayanya dengan TM selepas graduasi pada tahun 1998, pengalaman Amar merangkumi kawalan kewangan, audit dalaman, hal ehwal korporat dan kawal selia, Pejabat GCEO, sehingga mencapai tahap hari ini, iaitu mengetuai dan menguruskan perniagaan di TM Global. Visi strategiknya, diiringi pengalaman operasi dan pemahaman tentang teknologi terkini, menjadikan beliau tokoh yang ideal untuk menerajui evolusi TM dari sebuah Telco menjadi syarikat teknologi (TechCo).

Pencapaian beliau setakat ini telah mendapat perhatian, dibuktikan dengan pengiktirafan sebagai salah seorang daripada 40 pemimpin perniagaan muda CPA Australia (2012) dan berada dalam senarai ‘Power 100’ di kalangan penyedia perkhidmatan pukal oleh Capacity Media (2019, 2023). Anugerah-anugerah ini mengiktiraf keupayaan kepimpinan beliau dan masa depan beliau yang cerah sebagai pemimpin di TM.

Tags: TM
Najib

Najib

POPULAR

TM umum Amar Huzaimi dan Dato Zainal, sebagai Pengarah Urusan/CEO dan Presiden baru

TM umum Amar Huzaimi dan Dato Zainal, sebagai Pengarah Urusan/CEO dan Presiden baru

7 July 2023
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN