• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KWSP lancar aplikasi i-Akaun baharu, pengguna boleh pasang di satu peranti sahaja

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:23 pm
  • 10/07/2023
  • Komen
Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April
Share on FacebookShare on Twitter

Pencarum atau ahli Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) kini boleh mula memuat turun satu aplikasi baru untuk menyemak rekod caruman mereka. Ini selepas KWSP memaklumkan mereka telah melancarkan aplikasi i-Akaun versi yang baru yang telah dinaik taraf berbanding sebelumnya.

Aplikasi terbaru yang dinamakan KWSP i-Akaun menggabungkan ciri-ciri innovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Antaranya, antara muka aplikasi i-Akaun kini lebih mesra pengguna untuk pencarum memantau sumbangan dan pertumbuhan pelaburan mereka dan pengguna mempunyai akses masa nyata melihat maklumat kewangan.



Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengenalan versi terkini aplikasi i-Akaun itu mencerminkan komitmen institusi berkenaan terhadap kesejahteraan kewangan dan perancangan persaraan ahli, selain menyokong perancangan masa depan yang lebih selamat.

Kami teruja untuk memperkenalkan KWSP i-Akaun yang baharu! Rasai pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri mudah. Kekal berhubung dan mengawal sepenuhnya perjalanan simpanan anda.

Klik https://t.co/eH6lgplpPy atau imbas kod QR yang tertera.#KWSPiAkaun pic.twitter.com/HpFjsfCRi3

— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) July 6, 2023

Di samping itu, pengguna yang belum mendaftar sebagai ahli KWSP kini boleh membuka akaun secara terus melalui aplikas KWSP i-Akaun menggunakan proses e-KYC. Pendaftaran terbuka kepada rakyat Malaysia atau penduduk tetap yang masih belum menjadi ahli KWSP berumur di antara 14 hingga 75 tahun. Untuk yang telah mendaftar, anda boleh log masuk seperti biasa menggunakan ID pengguna dan kata laluan i-Akaun.



Sebagai langkah keselamatan, aplikasi i-Akaun terbaru ini boleh dipaut dan digunakan pada satu peranti sahaja, sama seperti aplikasi perbankan. Apabila melog masuk aplikasi akan keluar paparan untuk anda menetapkan peranti yang ingin dilog masuk sebagai peranti utama.

KWSP dalam laman FAQnya menyatakan, aplikasi lama i-Akaun masih boleh digunakan buat masa sekarang, tapi akan ditamatkan penggunaannya pada masa akan datang. Oleh itu, mereka menggalakkan pengguna untuk beralih kepada aplikasi yang baru untuk pengalaman yang lebih baik.

Aplikasi i-Akaun terbaru sudah mula boleh dimuat turun untuk pengguna di Google PlayStore, Apple Apps Store dan Huawei AppGallery. Aplikasi ini boleh digunakan pada peranti dengan sistem operasi Android 5.0 atau iOS 12.4 ke atas.

[Sumber: Astro Awani]

Tags: aplikasii-akaunkwsp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Liverpool atasi Manchester dalam carian paling popular Google bulan April

KWSP lancar aplikasi i-Akaun baharu, pengguna boleh pasang di satu peranti sahaja

10 July 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN