• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air

  • OLEH Najib
  • 12:33 am
  • 12/07/2023
  • Komen
Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing, syarikat yang mahu merevolusikan dunia teknologi hari ini melancarkan telefon pintar kedua mereka, Nothing Phone (2). Berbeza dengan model pertama yang dikuasakan cip kelas pertengahan, model kedua ini diberi kuasa lebih tinggi walaupun menggunakan cip flagship tahun lepas.

Secara ringkas, rupa Nothing Phone (2) kelihatan seperti tidak banyak berbeza dengan rekaan Nothing Phone (1). Ianya lutsinar, ada lampu LED Glyph di belakang, satu kamera hadapan dan dua kamera belakang. Jadi, apa yang baru?



Lebih tenaga kerja, lebih banyak pembaharuan

Pengasas dan CEO Nothing, dalam ucapan pelancaran Nothing Phone (2) menyatakan semasa Phone (1), mereka memberi lebih tumpuan kepada perkakas. Tetapi kini dengan lebih banyak pekerja, mereka mampu menyediakan lebih usaha untuk membangunkan perisian yang lebih baik untuk peranti.

Tetapi bermula dengan luaran Phone (2). Ia diperbuat daripada besi dan kaca. Bingkainya menggunakan bahan aluminium yang dikitar semula 100%. Manakala bahagian hadapan dan belakang menggunakan kaca Corning Gorilla Glass yang sangat teguh dan kalis calar. Ini memberikan rupa dan rasa telefon yang premium.



Skrin lebih besar digunakan, berukuran 6.7-inci jenis Flexible OLED LTPO, HD Penuh dan kadar penyegaran serendah 1Hz sehingga 120hz. Bingkai hitam di tepi masih agak tebal, tetapi ia sama tebal di semua sisi supaya kelihatan lebih cantik. Kecerahn skrin biasa mencapai 1,000 nits dan kecerahan puncak HDR sehingga 1,600nits.

LED Glyph dicerai untuk lebih fungsi

Keunikan telefon Nothing adalah pada LED Glyph di belakang. Dengan Phone (2), kedudukannya kelihatan serupa tetapi ia telah diceraikan kepada lebih banyak bahagian.

Phone (1) dan Phone (2)

Ini memberikannya lebih banyak cara untuk digunakan, apabila mampu berkelip secara berasingan. Nothing Phone (2) turut menyediakan perisian untuk pengguna mencipta sendiri kerlipan dan bunyi untuk Glyph ini.

Kamera diganda, masih tiada telefoto

Nothing mengubah kedudukan kamera hadapan, dari sudut atas di Phone (1) kepada di tengah pada Phone (2). Kamera ini menerima naik taraf apabila menggunakan sensor Sony IMX615 32MP F2.45 1/2.74″.

Bagi kamera belakang, ia masih kekal menggunakan dwi-kamera sahaja tanpa kamera telefoto. Kamera utama dipertingkat dengan penggunaan sensor Sony IM890 50MP F1.88 1/1.56″ dengan penstabil imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Kamera ultralebar pula masih kekal dengan sensor Smaung JN1 50MP F2.2 1/2.76″, memiliki bukaan selebar 114-darjah.

Prestasi flagship, storan besar

Bagi meletakkan Phone (2) sebagai peranti flagship, Nothing menggunakan cip kelas flagship iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 4nm. Walaupun ia cip tahun lepas dan ada cip lebih baharu, cara ini membolehkan kos menjadi lebih rendah tetapi pretasi meningkat lebih tinggi berbanding Phone (1).

Kehebatan telefon ini diperkuat lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5 dengan pilihan antara 8GB dan 12GB. Manakala storan jneis UFS3.1 digunakan, kini lebih luas dengan pilihan antara 128GB, 256GB dan 512GB.

Terdapat dua speaker pada Phone (2) yang mampu menghasilkan bunyi stereo. Ia diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54, sedikit peningkatan berbanding IP53 di Phone (1).

Nothing Phone (2) dilengkapi sistem operasi Nothing OS 2.0, berasaskan Android 13. Untuk kemaskini, Nothing menjanjikan 3 tahun untuk OS dan 4 tahun bagi keselamatan yang dikeluarkan setiap 2 bulan. Ia masih kekal dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Tetapi warna hitam dijadikan kurang gelap, agar lebih serasi dengan LED Glyph.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Nothing Phone (2).

Tags: mobileNothingnothing phone (2)nothing phone 2
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air

Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air

12 July 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER