• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September

  • OLEH Najib
  • 10:47 am
  • 12/07/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah memberi maklum balas kepada laporan kami mengenai Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang dikuatkuasakan pada 1 Mac 2023 lepas. Jelas SKMM, penurunan harga jalur lebar boleh dijangka berlaku selepas akhir bulan September 2023.

Tambah SKMM lagi, penurunan harga runcit untuk jalur lebar menurut harga baru MSAP 2023 hanya boleh berlaku selepas perjanjian akses dimeterai antara penyedia perkhidmatan. Buat masa ini, kebanyakan penyedia akses masih dalam proses untuk memaparkan harga Tawaran Akses Rujukan (RAO). Perundingan perjanjian akses dibuat berdasarkan RAO tersebut dan selepas rundingan selesai, barulah harga jalur lebar untuk pengguna boleh diturunkan.



Mandatory Standards on Access Pricing (MSAP) yg diumum 16 Feb lalu bakal mengurangkan harga internet secara keseluruhan dalam masa 2-3 bulan ini inshaAllah.

Kerana SKMM arah harga borong broadband dikurangkan.

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) March 30, 2023

MSAP merupakan harga borong yang ditetapkan untuk pelbagai perkhidmatan telekomubikasi, termasuk akses jalur lebar. Perkara ini telah disebut oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada bulan Mac lepas di mana harga internet dijangka akan turun dalam masa 2-3 bulan.

SKMM turut berkata, kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar pada bulan Februari lepas untuk kumpulan B40, veteran OKU dan warga emas. Sebanyak 6,066 pengguna telah mendaftar pakej ini yang menyediakan jalur lebar fiber berkelajuan tinggi sehingga 30Mbps pada harga RM69/bulan.



Laman web RAO TM masih dalam pembangunan

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, beberapa telco termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Time, Allo dan YTL Communications telah pun memaparkan kadar RAO mereka untuk mematuhi kadar yang ditetapkan MSAP 2023. Tetapi TM selaku penyedia jalur lebar fiber terbesar di Malaysia, masih belum berbuat demikian. Menurut TM, perbincangan masih berjalan dan kadar RAO akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Dengan MSAP 2023 yang baru, harga borong untuk jalur lebar akan turun sebanyak 50% antaranya kadar 100Mbps Lapisan ke-3 HSBB menurun dari RM515 kepada RM254.64 tahun 2023 dan menurun lagi setiap tahun sehingga 2025. Buat masa ini, harga borong kekal tidak berubah sejak 2020 selepas MSAP yang dahulu dikuatkuasakan sewaktu Gobind Singh menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Penurunan harga halur lebar fiber selepas MSAP dilaksana pada Jun 2018. Sumber: SKMM

Selepas MSAP 2023 dikuatkuasakan, majoriti pengguna di Malaysia boleh menikmati harga pelan jalur lebar lebih murah atau kelajuan dipertingkat. Tidak hanya untuk 6,000 pengguna dalam kategori tertentu. Sehingga suku pertama 2023, TM memiliki lebih 3 juta pelanggan Unifi Fibre, Maxis dengan 601,000 pelanggan dan CelcomDigi sebanyak 107,000 pelanggan.

[Sumber: SKMM]

Bacaan Berkaitan

  • Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
  • Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan
  • Pakej Perpaduan RM30 untuk 30GB mula ditawar, ini semua yang perlu anda tahu
Tags: MSAPRAOSKMM
Najib

Najib

POPULAR

SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September

12 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER