• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM jamin selesaikan isu MSAP, perjanjian akses dan RAO pada akhir September

  • OLEH Najib
  • 1:54 pm
  • 12/07/2023
  • Komen
Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM
Share on FacebookShare on Twitter

Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) yang baru telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2023 lepas. Setelah empat bulan berlalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini menyatakan bahawa penurunan harga jalur lebar boleh dijangka berlaku selepas akhir bulan September 2023. Ia bergantung kepada rundingan perjanjian akses antara penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Setelah SKMM bersuara, Telekom Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan mereka mengenai harga Tawaran Akses Rujukan (RAO) yang masih belum dikemaskini. Kenyataan TM menjelaskan bahawa RAO kini di peringkat akhir dan ia akan dipaparkan tidak lama lagi. TM akan memulakan rundingan dan pelaksanaan perjanjian akses bersama mereka yang mahukan akses ini, pada akhir bulan September selaras dengan jangka masa yang diumumkan SKMM.



Berikut adalah kenyataan penuh TM:

TM confirms the finalisation and publication of its Reference Access Offer (RAO) soon. It is set to begin negotiations and execution of the Access Agreements (AA) with Access Seekers by end-Sept in line with the timelines issued by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) in its media release on 11 July 2023.

TM merupakan penyedia infrastrutur jalur lebar fiber terbesar di Malaysia, serta menyediakan perkhidmatan internet runcit untuk pengguna kediaman dan perniagaan di bawah jenama Unifi. Dengan mengumumkan kadar RAO baru beradasarkan MSAP 2023, pengguna Unifi sepatutnya menjadi yang terawal menyaksikan penurunan harga pelan jalur lebar, atau kelajuan pelan mereka ditingkatkan. Selepas itu, barulah dapat dilihat pada penyedia perkhidmatan lain yang menggunakan perkhidmatan fiber TM. Ini adalah proses yang sama berlaku semasa MSAP 2018 dikuatkuasakan oleh Gobind Singh pada tahun 2019, di mana TM menjadi yang pertama mengumumkan penurunan harga dan peningkatan kelajuan untuk pelanggan Unifi.



Menerusi MSAP 2023 yang baru, harga borong untuk jalur lebar akan turun sebanyak 50% antaranya kadar 100Mbps Lapisan ke-3 HSBB menurun dari RM515 kepada RM254.64 tahun 2023 dan menurun lagi setiap tahun sehingga 2025. Ini sekaligus akan memberi kesan kepada harga pelan runcit pengguna.

Dengan pengumuman SKMM dan jaminan TM ini, pengguna boleh menantikan berita baik berkenaan pelan jalur lebar pada akhir September.

Bacaan Berkaitan

  • SKMM jawab isu MSAP 2023, harga jalur lebar akan turun selepas September
  • Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
  • Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap tawar Internet 30Mbps pada RM69/bulan
Tags: MSAPRAOSKMMTM
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Ibu pejabat TM kini rasmi di Cyberjaya, bukan lagi di Menara TM

TM jamin selesaikan isu MSAP, perjanjian akses dan RAO pada akhir September

12 July 2023
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER