• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hotlink umum pelan prabayar pantas dan tanpa had baru lebih jujur FUP

  • OLEH Najib
  • 1:16 pm
  • 13/07/2023
  • Komen
Hotlink umum pelan prabayar pantas dan tanpa had baru lebih jujur FUP
Share on FacebookShare on Twitter

Hotlink hari ini mengumumkan kemaskini untuk tawaran pelan prabayar mereka. Ia bukan sahaja memberi sekatan kelajuan lebih pantas, tetapi kuota Polisi Penggunaan Saksama (FUP) lebih banyak. Malah, Hotlink dilihat mendengar keluhan orang ramai dengan memaparkan FUP lebih jelas pada pelan baru ini.

Pelan yang baru dalam kemaskini ini adalah pas internet tanpa had Plus, atau pas Unlimited Internet Plus. Ia berharga RM50/bulan dan memberikan internet tanpa had berkelajuan sehingga 12Mbps, bersama kuota FUP 100GB. Ia juga disertakan panggilan tanpa had bersama hotspot tanpa had, masih tertakluk kepada FUP. Apabila kuota FUP dicapai, kelajuan akan dikurangkan kepada 512kbps.



Selain itu, Hotlink mengemaskini pelan lain antaranya pas Unlimited RM40/bulan yang menyediakan internet tanpa had berkelajuan 6Mbps serta kuota FUP 80GB, termasuk panggilan tanpa had dan hotspot mengikut kuota FUP.

Pelan pantas tanpa sekatan kelajuan turut diperbaharui dengan lebih banyak kuota. Pas Pantas RM35/bulan memberi 40GB kuota berbanding 30GB sebelum ini, manakala pas RM25/bulan dinaikkan kuota dari 15GB menjadi 20GB. Semua pas Pantas turut menerima panggilan tempatan tanpa had.



Cashback 20% untuk belia di bawah 24 tahun

Jika anda warganegara Malaysia dan berumur di bawah 24 tahun, Hotlink menawarkan baucar pengembalian tunai atau cashback sebanyak 20%, yang boleh digunakan untuk pembelian pas akan datang. Baucar ini diberikan selepas anda membeli pas bulanan dan disimpan di dalam My Rewards. Ia sah digunakan dalam tempoh 33 hari selepas baucar dikeluarkan.

Dengan baucar cashback 20% ini, pengguna yang layak boleh membeli pas Unlimited Internet RM50 pada harga RM40, manakala pas RM40 hanya berharga RM32.

Menurut FAQ Hotlink, cashback 20% ini diberikan kepada warganegara Malaysia berumur di bawah 24 tahun, atau mendaftar menerusi peniaga Hotlink/Maxis di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Apa yang hilang dari pas terdahulu?

Pelan lama Hotlink Unlimited sebelum ini

Pelan Unlimited Internet yang baru ini memberikan kelajuan dan kuota FUP lebih banyak, berbanding dahulu FUP 50GB sebulan sebelum ini yang sangat sedikit berbanding telco lain. Bagaimanapun, pas baru ini tidak lagi membuang sekatan kelajuan antara 2 pagi hingga 2 petang yang memberi internet berkelajuan tinggi selama 12 jam sehari. Tetapi pastinya pengguna lebih selesa dengan kuota FUP lebih besar dalam tawaran pas baru.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Prabayar Hotlink.

Bacaan Berkaitan

  • Hotlink perkenal pelan perayauan 40GB boleh guna di Malaysia, Indonesia, Singapura & Thailand, hanya RM45 sebulan
  • Hotlink Pantas beri data bonus 100GB yang perlu ditebus dan pas siaran langsung EPL Percuma
  • Pascabayar Hotlink telah diperbaharui, kini datang dengan sehingga 20GB lebih data
  • Pelan tanpa had Hotlink naik harga, ditambah hotspot tanpa had dan sekatan kelajuan dibuang 12 jam
Tags: hotlinkHotlink Unlimitedprabayar
Najib

Najib

POPULAR

Hotlink umum pelan prabayar pantas dan tanpa had baru lebih jujur FUP

Hotlink umum pelan prabayar pantas dan tanpa had baru lebih jujur FUP

13 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER