• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Pad 6, tablet berkuasa tinggi dengan stailus baru akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 13/07/2023
  • Komen
Xiaomi Pad 6, tablet berkuasa tinggi dengan stailus baru akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pasaran tablet tidak sehangat telefon pintar. Sebab itu model baru jarang dikemaskini begitu cepat. Xiaomi misalnya, melancarkan tablet berkuasa tinggi Xiaomi Pad 5 pada 2 tahun lalu. Kini baru mereka mengumumkan penggantinya akan datang ke Malaysia iaitu Xiaomi Pad 6.

Tablet ini telah dilancarkan di China pada bulan April lepas, dengan dua model diperkenal iaitu Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Pad 6 Pro. Pelancaran peringkat antarabangsa telah pun selesai minggu lepas, tetapi hanya satu model diumumkan iaitu Xiaomi Pad 6. Untuk Malaysia, ia akan mengikuti pelancaran global iaitu satu model sahaja.



Xiaomi Malaysia akan mengadakan majlis pengumuman harga dan jualan Xiaomi Pad 6 pada hari Selasa, 18 Julai 2023 pukul 8 malam. Ia akan disiarkan secara langsung dan boleh ditonton di saluran rasmi Xiaomi Malaysia iaitu Facebook Live, TikTok Live dan Shopee Live.

Untuk rujukan, Xiaomi Pad 6 telah diumumkan harganya di Eropah seperti berikut:



  • Xiaomi Pad 6 (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR 399 (~RM2,045)
  • Xiaomi Pad 6 (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 429 (~RM2,199)
  • Xiaomi Pad 6 (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 449 (~RM2,301)

Kita boleh jangkakan harga yang lebih murah untuk pasaran Malaysia kelak. Sebagai perbandingan, Xiaomi Pad 5 dilancar pada harga RM1,399 dengan storan 128GB dan RM1,599 bersama storan 256GB.

Spesifikasi Xiaomi Pad 6

Berdasarkan laman web Xiaomi Global, terdapat beberapa naik taraf diberi kepada Xiaomi Pad 6 berbanding Xiaomi Pad 5. Bagi kuasa penggerak utama, ia kini menggunakan cip Snapdragon 870 7nm dan digandingkan bersama RAM LPDDR5 sehingga 8GB, bersama storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Tiada slot kad memori.

Skrinnya masih jenis LCD sebesar 11-inci, tetapi dipertingkat dengan resolusi lebih tinggi 2880×1800, serta kadar penyegaran 144Hz. Ia juga lebih cerah, mencecah 550 nits dan menyokong teknologi Dolby Vision serta HDR10. Kaca Corning Gorilla Glass 3 menjadi lapisan di atas skrin.

Sistem bunyi stereo Dolby Atmos disokong dan disalur keluar menerusi empat pembesar suara di tepi tablet. Hanya ada satu kamera di belakang iaitu kamera utama 13MP. Di hadapan pula dipasang kamera 8MP dan ia menyokong FocusFrame, fungsi yang menjadikan muka pengguna sentiasa di tengah sewaktu panggilan video.

Bateri dibesarkan sedikit, berkapasiti 8,840mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Penghantaran data juga lebih pantas, kerana ia menggunakan sambungan USB 3.2 Gen 1. Sambungan wayarles pula menerima sehingga WiFi 6 dan Bluetooth v5.2. Tiada varian 4G/5G ditawarkan, hanya WiFi.

Sistem operasi MIUI Pad 14 dipasang ke dalam Xiaomi Pad 6, dibina berasaskan Android 13. Tiada jaminan kemaskini dinyatakan Xiaomi, tetapi Xiaomi Pad 5 telah menerima dua kemaskini OS utama. Boleh dikatakan, Xiaomi Pad 6 juga akan diberi 2 kemaskini OS utama.

Xiaomi turut mengumumkan sokongan pen stailus baru iaitu Smart Pen 2nd Gen dan ia dijual berasingan. Stailus ini memiliki 4,096 tahap sensitivi tekanan dan hayat bateri lebih lama, sehingga 150 jam penggunaan. 1 minit mengecas membolehkan penggunaan selama 7 jam. Ia dicas mudah secara magnetik dengan melekatkannya di atas tablet.

Terdapat tiga warna pilihan diumum sewaktu pelancaran antarabangsa iaitu kelabu, biru dan emas. Untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini, layari laman produk Xiaomi Pad 6.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Pad 6 & 6 Pro: Duo tablet berspesifikasi tinggi pada harga yang menarik
  • Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen
  • Xiaomi Pad 5: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: tabletxiaomixiaomi pad 6
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Pad 6, tablet berkuasa tinggi dengan stailus baru akan datang ke Malaysia

Xiaomi Pad 6, tablet berkuasa tinggi dengan stailus baru akan datang ke Malaysia

13 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER