• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:24 pm
  • 14/07/2023
  • Komen
Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga hari selepas pelancaran antarabangsa, Nothing Phone (2) kini telah selamat dilancarkan di Malaysia. Malah, Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi terawal Phone (2) dijual menerusi Nothing Drops.

Nothing Drops di Kuala Lumpur akan berlangsung di kedai Crossover di Mid Valley Megamall, pada hari Sabtu, 15 Julai 2023 bermula pukul 10 pagi. Di sana, pembeli terawal bukan sahaja dapat menjadi yang pertama memiliki Nothing Phone (2), malah akan menerima beberapa cenderahati eksklusif daripada Nothing.



Harga Nothing Phone (2)

Seperti di negara lain, harga Nothing Phone (2) melonjak naik berbanding Phone (1) ketika dilancarkan dahulu. Tetapi kini datang standard dengan RAM 12GB. Berikut adalah harga rasmi Nothing Phone (2) di Malaysia:

  • Nothing Phone (2) RAM 12GB + Storan 256GB – RM2,999
  • Nothing Phone (2) RAM 12GB + Storan 512GB – RM3,499

Orang ramai boleh membeli Nothing Phone (2) mulai 22 Julai 2023 daripada penjual berikut:



  1. Yes5G
  2. DirectD
  3. TMT
  4. URBAN REPUBLIC
  5. Tac Mobile
  6. Vivid Concepts
  7. Kedai Rasmi Nothing di Lazada
  8. Kedai Rasmi Nothing di Shopee

Spesifikasi Nothing Phone (2)

Nothing menaik taraf Phone (2) kepada kelas flagship dengan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB serta storan dalaman UFS 3.1 antara 256GB dan 512GB. Kad mikroSD tidak diterima.

Skrin kini lebih besar, 6.7-inci HD penuh jenis Flexible OLED LTPO dengan kadar penyegaran serendah 1Hz sampai 120Hz. Kecerahan pula sehingga 1,600nits. Bahagian depan dan belakang telefon dipasang kaca Corning Gorilla Glass, lebih tahan calar.

Kamera hadpaan diubah ke tengah, dipertingkat menggunakan sensor Sony IMX615 32MP. Di belakang masih ada dua kamera, iaitu kamera utama dengan sensor Sony IMX890 50MP bersama OIS dan EIS. Kamera kedua ultralebar pula 50MP sensor Samsung JN1. Tiada kamera telefoto untuk zum optikal.

Baterinya 4,700mAh tetapi sokongan pengecasan pantas lebih tinggi iaitu 45W. Ia boleh mengcas penuh tidak sampai sejam, tapi kepala pengecas dijual berasingan. Tidak diberikan di dalam kotak. Pengecasan wayarles masih sama iaitu 15W.

Nothing Phone (2) datang siap dengan sistem operasi Nothing OS 2.0, berasaskan Android 13. Kali ini, Nothing menjanjikan 3 tahun untuk kemaskini OS dan 4 tahun bagi keselamatan yang dikeluarkan setiap 2 bulan. Pilihan warna ada dua, iaitu putih dan kelabu, bukan lagi hitam.

Perkara terpenting pada telefon ini adalah lampu LED Glyph di belakang. Ini yang buat Nothing berbeza dan jauh lagi bagus dari telefon lain. Kedudukan Glyph nampak sama dengan Phone (1), tapi kali ini dipecahkan kepada lebih banyak bahagian. Setiap bahagian boleh digunakan untuk fungsi berlainan, jadi lebih banyak fungsi Glyph boleh digunakan.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, dengan melayari laman produk Nothing Phone (2).

Pesaing Nothing Phone (2)

Dengan harga mencecah RM3,000, pesaing Nothing Phone (2) sudah pasti adalah peranti kelas flagship. Antaranya OnePlus 11 (16+256GB) yang berharga RM3,599 tetapi memiliki kuasa lebih hebat, Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, Oppo Reno 10 Pro+ (12+256GB) berharga RM3,499 pula dilengkapi kamera periskop telefoto yang hebat untuk zum optikal. Atau telefon flagship penuh dari Samsung sendiri iaitu Galaxy S23 (8+128GB) bersaiz kecil tetapi ada banyak diskaun di hampir semua penjual.

OnePlus 11
Oppo Reno 10 Pro+
Samsung Galaxy S23

Bacaan Berkaitan

  • Nothing Phone (2) dipertingkat dengan prestasi flagship dan lebih tinggi kalis percikan air
  • Nothing Phone (2), harga rasminya jauh lebih tinggi berbanding model lepas
  • Rupa rasmi Nothing Phone 2 didedah, pelancaran Malaysia eksklusif bersama Yes
Tags: Nothingnothing phone (2)nothing phone 2
Najib

Najib

POPULAR

Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia

Nothing Phone 2: Maklumat penjualan di Malaysia

14 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER