• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maxis akan tandatangan perjanjian akses 5G dengan DNB selepas diluluskan pemegang saham

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 17/07/2023
  • Komen
Kuota Maxis Postpaid akan dibesarkan secara percuma bermula 4 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Bursa Malaysia, tentang perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Behrad (DNB). Selepas sekian lama tertangguh dan dilanjutkan lagi oleh kerajaan Malaysia yang mengkaji semula pelaksanaan rangkaian tunggal 5G, Maxis memaklumkan akan mula mendapatkan persetujuan pemegang saham untuk mencadangkan pelaksanaan untuk memeterai perjanjian akses bersama DNB, untuk mendapatkan akses kepada produk dan perkhidmatan 5G yang disediakan secara borong.

Menurut Maxis, dengan termeterainya perjanjian ini akan merealisasikan wawasan digital Malaysia. Maxis percaya dengan manfaat yang dibawa 5G kepada perniagaa, pelanggan dan kerajaan untuk mengukuhkan daya saing Malaysia. Maxis menambah, dengan kekalnya DNB sebagai penyedia rangkaian bebas yang membangunkan 5G di Malaysia dan kemasukan perjanjian akses bersama DNB, akan membolehkan Maxis untuk meyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan.



Tambah Maxis, 5G akan menjadi sebahagian sambungan rangkaian bersepadu Maxis meliputi talian mudah alih, fiber dan teknologi satelit bagi memastikan semua rakyat Malaysia kekal berhubung dalam semua cara yang ada. Perjanjian akses ini juga membolehkan Maxis untuk menawarkan penyelesaian menggunakan rangkaian 5G dan memacu penggunaan 5G lebih meluas dalam perniagaan di dalam negara.

Kenyataan tersebut juga menyatakan, “Pihak Lembaga, setelah mempertimbangkan kekurangan penyedia rangkaian borong alternatif, faedah yang akan dibawa oleh 5G kepada perniagaan, pelanggan, dan Kerajaan untuk mengukuhkan daya saing Malaysia dan bahawa penyediaan perkhidmatan 5G akan mempunyai nilai jangka panjang kepada Kumpulan Maxis, percaya bahawa Cadangan Transaksi adalah demi kepentingan terbaik Maxis dan mengesyorkan agar pemegang saham Maxis untuk mengundi dan menyokong resolusi berkaitan Cadangan Transaksi yang akan dibentangkan pada EGM yang akan diadakan.”



RHB Investment Bank telah dilantik sebagai Penasihat Utama kepada Maxis untuk Cadangan Transaksi. Perjanjian akses 5G akan ditandatangani selepas mendapat kelulusan pemegang saham pada EGM yang akan berlangsung pada suku ketiga 2023.

[Sumber: Bursa Malaysia]

Tags: 5g malaysiaDNBmaxis
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Kuota Maxis Postpaid akan dibesarkan secara percuma bermula 4 Jun

Maxis akan tandatangan perjanjian akses 5G dengan DNB selepas diluluskan pemegang saham

17 July 2023
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN