• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:53 am
  • 18/07/2023
  • Komen
Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia menumumkan ketibaan sebuah laptop kompak berkuasa tinggi dalam pasaran kita. Berdasaran helaian spesifikasi, Acer Swift X 14 dilihat sesuai untuk pencipta kandungan yang memerlukan laptop dengan paparan jitu warna ataupun pencipta kandungan yang perlukan laptop untuk tugasan berat seperti animasi dan hal-hal 3D.

Spesifikasi Acer Swift X 14

Bermula di bahagian depan, Swfit X 14 dilengkapi panel paparan OLED sebesar 14.5” dengan kadar segar semula 120Hz. Resolusinya cukup tinggi pada 2880 x 1800 (WQXGA+). Panel paparan laptop ini cakupi gamut warna DCI-P3 sepenuhnya yang buatkannya sesuai untuk kerja-kerja kreatif.



Atas papan utama, konfigurasi paling tinggi Swift X 14 ditunjangi Intel Core i7-13700H bersama-sama GPU RTX 4050. Kombinasi RAM dan storan yang ditawarkan kepada pengguna adalah RAM 32GB LDPPR5 dan storan 1TB NVMe PCIe Gen4.

Penawaran I/O laptop ini agak mewah jika dibandingkan dengan fizikaliti kecilnya. Pengguna terima HDMI bersaiz penuh, 2 USB-A, 2 USB-C, jek audio 3.5mm, dan pembaca mikro-SD. Kerangka Swift X 14 diperbuat daripada kerangka alumunium dan beratnya cuma 1.55kg.



Walaupun kecil, ia memiliki bateri yang agak besar untuk saiznya. Berbekalkan bateri berkapasiti 76Wh, pengeluarnya mengatakan yang laptop ini boleh beri khidmat selama sehingga 10 jam lamanya.

Harga Acer Swift X 14 di Malaysia

Acer Swift X 14 di Malaydia ditawarkan dalam beberapa pilhan. Berikut adalah senarainya:

  • i7-13700H/RAM 32GB/Storan 1TB/GPU RTX 4050 – RM7,399
  • i7-13700H/RAM 16GB/Storan 1TB/GPU RTX 3050 – RM6,399
  • i5-13500H/RAM 16GB /Storan 512GB/GPU RTX 3050 – RM5,999

Bagi menambahkan kemeriahan pengumuman ini, Acer turut mengadakan promosi khas sehingga 31 Julai 2023. Setiap pembelian Acer Swift X 14 akan diberikan hadiah bernilai RM529 yang terdiri daripada Porsche Wireless Mouse dan juga Acer Supercare AD&T.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Aceracer swift xacer swifth x 14laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050

Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050

18 July 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER