• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 21/07/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selain dua telefon pintar, Realme Malaysia turut melancarkan peranti boleh pakai iaitu fon telinga Realme Buds Air 5 Pro dan jam pintar Realme Watch 3 Pro. Tambah menarik apabila fon telinga baru ini mereka gelarkan sebagai pembunuh flagship, menyediakan prestasi terbaik pada harga mampu milik.

Harga dan Promosi

Bagi yang berminat membeli Realme Buds Air 5 Pro, ia akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 21 Julai 2023 di saluran atas talian rasmi Realme iaitu Shopee, Lazada dan TikTok. Harga rasminya seperti berikut:



  • Realme Buds Air 5 Pro – RM399

Pembeli di hari pertama jualan akan turut menerima hadiah percuma berupa sarung Realme Buds Air 5 Pro, sementara stok masih ada. Ia boleh dibeli antara dua warna iaitu putih atau hitam.

Spesifikasi Realme Buds Air 5 Pro

Realme Buds Air 5 Pro digelar sebagai pembunuh fon telinga flagship kerana ia menampilkan dwi-pemacu bass 11mm dan tweeter 6mm berkualiti studio, pada harga lebih mampu milik. Malah, ia hadir dengan penyaring hingar aktif (ANC) terbaik dalam harganya, menyingkir sehingga 50db dan berkesan sehingga 99.6%.



Tempoh lengahnya juga dikatakan rendah, dengan kependaman super rendah sehingga 40ms sambil mengekalkan sambungan yang stabil. Ini adalah berita baik untuk peminat gaming yang perlukan kepantasan mendengar pergerakan.

Pengguna juga boleh menikmati audio berkualiti tinggi HD kerana ia menyokong protokol transmisi LDAC HD. Di samping itu, pengalaman bunyi keliling 360-darjah turut disediakan, ibarat mendengar lagu di dalam dewan teater.

Di putik sahaja, ia boleh memainkan lagu sehingga 7 jam dengan ANC dimatikan. Jika bersama bekas pengecas, ia memberi tenaga sehingga 40 jam tanpa ANC. Mengecas bekas pengecas hanya menyokong sambungan USB-C. Pengecasan sebentar 10 minit, boleh memberi tenaga sehingga 7 jam.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
  • Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
Tags: RealmeRealme Buds Air 5 Pro
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db

21 July 2023
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER