• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Watch 3 Pro, skrin AMOLED luas dengan penjejak GPS sehingga 20 jam

  • OLEH Najib
  • 2:04 pm
  • 21/07/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Jam pintar sudah menjadi aksesori untuk memantau tahap kesihatan serta aktiviti kecergasan. Malah, pengguan disajikan dengan pelbagai peringkat harga dari sermurah RM200 sehingga beribu ringgit. Realme turut menghasilkan pelbagai jam pintar dan terbaru, mereka melancarkan Realme Watch 3 Pro yang penuh dengan fungsi canggih.

Harga dan Promosi

Bagi yang berminat membeli Realme Watch 3 Pro, ia akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 21 Julai 2023 di saluran atas talian rasmi Realme iaitu Shopee, Lazada dan TikTok. Harga rasminya seperti berikut:



  • Realme Watch 3 Pro – RM429

Pembeli di hari pertama jualan akan turut menerima hadiah percuma berupa tali jam kulit dan silikon, sementara stok masih ada. Ia boleh dibeli dalam warna hitam sahaja.

Spesifikasi Realme Watch 3 Pro

Pengguan mungkin gemarkan skrin besar di Realme Watch 3 Pro, seluas 1.78-inci jenis AMOLED yang sangat cerah dan berbentuk petak. Ia juga boleh membuat panggilan secara terus di jam, menerusi speaker dan mikrofon terbina di dalam.



Dengan Bluetooth rendah tenaga, ia boleh merendahkan penggunaan tenaga dan memberi hayat penggunaan sehingga 10 jam. Pengecasan secara magnetik di belakang dan disambung ke pengecas secara USB.

Dengan lebih 100 mod sukan disediakan, ia boleh membantu pengguan memantau prestasi diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan. Malah, GPS pelbagai sistem yang terbina di dalam mengunci pantas lokasi pengguna dan memberi masa penggunaan sehingga 20 jam menjejak lokasi berterusan.

Lebih banyak maklumat dan data boleh diperolehi apabila disambungkan ke aplikasi Realme Link di telefon pintar. Pengguna boleh melihat tahap kesihatan dan meneruskan aktiviti untuk mencapai kesihatan yagn disasarkan.

Bacaan Berkaitan

  • Realme Buds Air 5 Pro, dwi-pemacu audio dengan ANC sehingga 50db
  • Realme 11 Pro 5G: Prestasi tinggi Dimensity 7050 dengan kamera 100MP ProLight
  • Realme 11 Pro+ 5G: Kamera 200MP dengan storan terbesar di bawah RM2,000
Tags: RealmeRealme Watch 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025

Realme Watch 3 Pro, skrin AMOLED luas dengan penjejak GPS sehingga 20 jam

21 July 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER