• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:24 pm
  • 21/07/2023
  • Komen
WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor
Share on FacebookShare on Twitter

Di WhatsApp, menghantar mesej kepada kepada nombor yang tidak disimpan agak melecehkan kerana ianya sukar untuk memulakan chat. Tapi kini, WhatsApp dilaporkan telah mengeluarkan kemas kini terbaru untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut WABetainfo, WhatsApp kini membenarkan anda untuk memulakan chat tanpa perlu menyimpan nombor sesorang terlebih dahulu. Pengguna boleh memulakan chat dengan sesiapa sahaja, dengan mencari nombor telefon secara terus dalam aplikasi.



Untuk menggunakan ciri ini, ia boleh dibuat sama seperti apabila anda ingin memulakan chat baharu. Tekan butang untuk mulakan mesej baru di halaman utama, atas kanan untuk iOS atau bawah kanan untuk Android. Daripada memilih kenalan sedia ada, anda boleh menaip nombor dalam bar carian dan nombor akan tertera jika nombor yang di cari mempunyai akaun WhatsApp. Tekan nombor tersebut akan membawa anda terus ke dalam perbualan dengan mereka.

Penambahan ini pastinya akan memudahkan lagi pengguna untuk menghantar mesej kepada sesiapa sahaja tanpa perlu menyimpan nombor kenalan. Kerana sehingga sekarang, pengguna perlu simpan nombor terlebih dahulu, membuka chat menggunakan link, ataupun mencari nombor dalam kumpulan chat.



Ciri ini sudah tersedia digunakan untuk digunakan oleh orang ramai dan bukannya pada tahap beta. Pengguna di iOS dan Android boleh mula menggunakan ciri ini, tapi kena pastikan aplikasi WhatsApp telah dikemas kini pada versi yang terbaru.

Namun, sebenarnya ada lagi cari lain untuk anda membuka chat dengan mudah tanpa perlu menyimpan nombor. Anda boleh taip sahaja nombor dalam mana-mana chat, kemudian tekan nombor itu. Akan terdapat pilihan untuk anda membuka chat dan kemudian mesej boleh dihantar seperti biasa.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: whatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor

WhatsApp kini ada cara mudah hantar mesej tanpa simpan nombor

21 July 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN