• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Angkasa-X tawar data satelit tanpa had percuma untuk semua selama 12 bulan

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 22/07/2023
  • Komen
Angkasa-X tawar data satelit tanpa had percuma untuk semua selama 12 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Angkasa-X telah berjaya melancarkan satelit pertama mereka, A-SEANSAT-PG1 ke angkasa bulan lepas. Ia merupakan satelit berorbit rendah (LEO) yang hampir serupa dengan satelit Starlink. Untuk perbandingan, satelit MEASAT-3D yang dilancar tahun lepas, terletak pada jarak lebih 35,000km dari bumi.

Sehubungan itu, Angkasa-X kini menawarkan data satelit percuma untuk semua agensi kerajaan, universiti dan syarikat yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan rangkaian aplikasi Pemantauan Bumi (Earth Observation, EO) dan Sistem Pengecaman Automatik (Automatic Identification Systems, AIS), selama 12 bulan mulai Julai 2023.



Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa-X, Dr Sean Seah, berkata tawaran perkongsian data itu adalah secara percuma kepada semua pihak yang berminat, susulan kejayaannya melancarkan satelit orbit rendah bumi (LEO) pertama buatan tempatan, A-SEANSAT-PG1 bulan lalu ke angkasa lepas dan berjaya menghantar isyarat kembali ke stesen bumi.

“Kami teruja dengan inisiatif ini dan menekankan manfaat besar yang dibawa oleh tawaran ini kepada Malaysia. Dengan pencapaian penting ini, Angkasa-X menawarkan organisasi tempatan, baik dalam sektor awam mahupun swasta akses percuma kepada rangkaian aplikasi Earth Observation (EO) dan Automatic Identification Systems (AIS) untuk tempoh 12 bulan bermula Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan.



Dengan aplikasi Pemantauan Bumi yang disediakan oleh Angkasa-X, ia meliputi penggunaan seperti pengurusan dan pemantauan pertanian, pemetaan penggunaan tanah, pemantauan dan pemetaan laut, pemantauan sempadan dan kawasan, serta banyak lagi. Ia boleh membantu syarikat untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat, meningkatkan kecekapan dan mempromosi amalan lestari.

Aplikasi Sistem Pengecaman Automatik oleh Angkasa-X pula menawarkan Pengesanan dan Pengenalpastian Kapal, Pengurusan Trafik Pelabuhan, Bantuan Carian & Menyelamat serta pemantauan tangkapan ikan secara haram dan pencerobohan ke kawasan laut yang di kawasan terlarang. Ia penting untuk memastikan keselamatan di laut.

Pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 adalah langkah pertama daripada perancangan Angkasa-X untuk membina gugusan satelit LEO mereka di angkasa. Satelit ini akan direka dan dihasilkan di Malaysia, oleh rakyat Malaysia sendiri, sebagai usaha untuk mengukuhkan keudukan Malaysia sebagai pemain industri utama teknologi angkasa lepas.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan data satelit percuma ini, boleh layari laman web www.angkasax-innovation.com atau emel ke [email protected].

Tags: A-SEANSAT-PG1Angkasa-X
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Angkasa-X tawar data satelit tanpa had percuma untuk semua selama 12 bulan

Angkasa-X tawar data satelit tanpa had percuma untuk semua selama 12 bulan

22 July 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN