• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?

  • OLEH Najib
  • 5:50 pm
  • 22/07/2023
  • Komen
SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia ada berbual dengan ahli perniagaan antarabangsa, Elon Musk. Antara perkara yang mereka bincangkan selain Tesla, adalah penyediaan perkhidmatan internet menerusi satelit iaitu Starlink. Anwar telah menyatakan hasrat untuk membeli peralatan Starlink bagi kegunaan di sekolah dan institu pengajian tinggi.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menyatakan bahawa Starlink telah menerima Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian. Dengan ini, Starlink dibenarkan menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia. Fahmi turut memuat naik gambar dia menyerahkan lesen tersebut kepada wakil Starlink.



Sekarang ini, 97% kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet.

Untuk baki 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian.

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 20, 2023

Fahmi berkata, “Sekarang ini, 97% kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet. Untuk baki 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian. Oleh itu, Kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan para penyedia perkhidmatan internet satelit termasuk Starlink untuk ke arah 100% akses internet di kawasan berpenduduk. Insya-Allah Starlink akan memulakan perkhidmatan mereka di kawasan IPT dan sekolah terlebih dahulu.”

Semakan di laman web lesen penyedia SKMM menunjukkan, syarikat yang menerima lesen didaftarkan atas nama Starlink Internet Services Malaysia Sdn. Bhd dan didaftarkan di Malaysia sejak 29 Jun 2021. Lesen tersebut diberikan bermula dari 17 Julai 2023 dan tamat 10 tahun kemudian.



Bagaimanapun, Fahmi atau SKMM tidak menjelaskan dengan lebih lanjut tentang syarat yang dikenakan untuk Starlink beroperasi di Malaysia. Antaranya, syarikat luar negara tidak dibenarkan beroperasi tanpa sebahagian pemilikan oleh rakyat tempatan. Kami telah menghubungi SKMM untuk maklumat lanjut dan akan mengemaskini jika ada sebarang makluman.

Untuk yang tidak tahu, Starlink adalah penyedia perkhidmatan internet satelit yang menggunakan satelit di orbit rendah, kira-kira 550km dari bumi. Ini memberikan kependaman lebih rendah, berbanding satelit biasa yang lebih jauh dari bumi. Di Asia Tenggara, Starlink telah beroperasi di Filipina dan Singapura.

[Sumber: Fahmi Fadzil]

Bacaan Berkaitan

  • Anwar Ibrahim sembang dengan Elon Musk, ini intipati yang perlu anda tahu
  • Internet darat terjejas dek Russia, Ukraine beralih kepada capaian satelit
  • Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia
Tags: Fahmi FadzilStarlink
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?

SKMM beri lampu hijau untuk Starlink beroperasi di Malaysia, apa syaratnya?

22 July 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN