• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee akan bayar balik 8x harga barang jika terima barang palsu, tetapi dengan syarat

  • OLEH Najib
  • 4:51 pm
  • 23/07/2023
  • Komen
Shopee akan bayar balik 8x harga barang jika terima barang palsu, tetapi dengan syarat
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda masih banyak membeli-belah di Shopee dan Lazada, atau sudah berubah kepada TikTok? Jika anda pernah berdepan pengalaman ngeri mendapat barang palsu di Shopee, anda mungkin boleh mencuba semula. Ini kerana Shopee memperbaharui jaminan produk asli mereka.

Dalam pengumuman terbaryu ini, Shopee menyatakan bahawa mereka menaikkan jaminan pengembalian wang daripada 2x, kepada 8x harga barangan. Ini adalah naik taraf kepada inisiatif #ShopSafeWithShopee atau berbelanja dengan selamat di Shopee. Sudah pasti, ada syarat dan terma yang perlu dipenuhi sebelum anda boleh membuat tuntutan ini.



Pertama sekali, inisiatif ini hanya untuk pembelian di Shopee Mall sahaja, tidak termasuk penjual Shopee Preferred. Kenaikan pulangan wang dari 2x kepada 8x diberikan untuk pembelian mulai 15 Julai 2023.

Shopee melindungi pembeli dengan memberi masa selama 15 hari untuk mengesahkan produk yang diterima adalah baik dan menepati seperti apa yang diiklankan. Jika bermasalah atau paling penting ia adalah produk palsu, maka harus cepat membuat tuntutan pengembalian wang.



Satu lagi perkara penting, pengembalian wang tunai 8x hanya terhad kepada RM5,000 sahaja. Contohnya, jika produk berharga RM100, pengguna akan menerima RM800. Tetapi jika ia berharga RM1,000, sepatutnya pembeli menerima RM8,000 tetapi had ini menjadikan pulangan tunai kepada RM5,000 sahaja.

Jika harga produk melebihi RM5,000, pembeli akan mendapat pulangan wang bernilai yang sama dengan harga pembelian. Kalau harganya RM6,000, maka hanya RM6,000 akan diberikan semula. Tiada sebarang tambahan.

Walaubagaimanapun, peningkatan ini adalah langkah yang sangat baik untuk pembeli berasa lebih selamat membeli-belah di Shopee. Ia juga dapat meningkatkan kepercayaan pembeli terhadap kedai di Shopee Mall, supaya tidak menjual peroduk yang tidak asli.

Jika anda berhadapan masalah produk palsu dan mahu membuat pemulangan supaya wang dipulangkan, segera gunakan burang “Return/Refund” di bahagian pembelian produk dan pilih ‘I received counterfeit product(s)’ sebagai alasan pemulangan. Sertakan gambar sebagai bukti.

Shopee akan menyiasat dan jika terbukti ia produk palsu, anda perlu memulangkan semula produk kepada Shopee dan Shopee akan memberi wang anda semula mengikut kadar yang sepatutnya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh semak ruangan FAQ Shopee.

Bacaan Berkaitan

  • Rimas link Seller Affiliate Shopee di medsos? Program itu akan ditamatkan terus
  • ShopeePay tak lagi benarkan tambah nilai kad kredit dipindah ke akaun simpanan bank
  • Kaedah ShopeePay ditambah untuk pembayaran perkhidmatan Apple, pilihan selamat berbanding kad bank
Tags: Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Shopee akan bayar balik 8x harga barang jika terima barang palsu, tetapi dengan syarat

Shopee akan bayar balik 8x harga barang jika terima barang palsu, tetapi dengan syarat

23 July 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN