• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nilai NFT Tweet pertama hanya tinggal 0.07%

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:35 pm
  • 24/07/2023
  • Komen
Nilai NFT Tweet pertama hanya tinggal 0.07%
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda beli sesuatu objek pada harga RM10, apa perasaan anda kalau nilainya kini cuma 70 sen? Itulah yang terjadi pada NFT untuk Tweet pertama yang nilainya menjunam 99.93% daripada nilai asal sewaktu transaksi pembelian dilakukan. Transaksi tersebut berlaku dalam tahun 2021 yang melibatkan seorang usahawan kriptowang, Sina Estavi.

sinaEstavi offers $2500000.00https://t.co/SGD30u4PCU

— Valuables (@Valuables) March 6, 2021

Dia dilapor membayar USD2.9 juta untuk menjadi pemilik sijil digital kepada Tweet itu. Setahun kemudian, dalam tahun 2022 di satu acara lelongan, Sina Estavi cuba untuk menjual NFT tersebut pada nilaian USD48 juta tapi gagal kerana pembida tertinggi cumalah USD6,800.



Kini dalam bulan Julai 2023, berdasarkan laman OpenSea, platform yang mengendalikan jual beli NFT, pembida tertinggi kini berada pada 1ETH ataupun (USD1,869.10).

2020-2021 adalah tempoh trend NFT meletup-letup secara tiba-tiba. Semua orang berlumba-lumba untuk dapatkan NFT yang katanya seperti melabur membeli aset digital dan dijual pada harga lebih tinggi.



Trend ini turut tiba di Malaysia. Contohnya, MyMP dalam bulan April 2023 ada menawarkan NFT untuk versi digital 9 wakil rakyat yang salah satunya ialah Fahmi Fadzil. Ia dibeli oleh Yeah_desailly pada harga 0.100 WETH ataupun RM1,375.78 berdasarkan nilai EHT sekitar 9 April 2023. Setakat ini, tiada siapa yang membida untuk mendapatkan NFT itu tapi nilai semasanya adalah RM852.79.

You can now own NFTs of Malaysian MPs in 8-bit form

Sumber: Tom’s Hardware, cnbctv18

Tags: kriptowangNFT
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nilai NFT Tweet pertama hanya tinggal 0.07%

Nilai NFT Tweet pertama hanya tinggal 0.07%

24 July 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN